CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Won Bin mahu bayar hutang RM2.1 juta Kim Sae Ron, Kim Soo Hyun pula enggan terima

17-3-2025 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6936| Komen: 9|Original author: Raline


Screenshot 2025-03-14 080050.png


PELAKON Won Bin dilaporkan cuba melangsaikan hutang milik mendiang aktres Kim Sae Ron sebanyak 700 juta KRW (RM2.1 juta) kepada bekas syarikat pengurusannya iaitu Gold Medalist.

Hutang itu dituntut agensi milik pelakon Kim Soo Hyun selepas pihak pengurusan menyelesaikan kes Sae Ron ditahan akibat memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kerosakan harta awam sekitar Mei 2022.

Bagaimanapun niat baik Won Bin, 48, tidak disambut baik oleh pihak Soo Hyun yang enggan menerima wang daripada aktor tersebut.

Sebaliknya Soo Hyun bertegas mahu Sae Ron menyelesaikan sendiri hutang tersebut kepada syarikat.

Pendedahan itu dilakukan dalam ruangan komen video milik YouTube Garosero Institute mengenai tindakan Soo Hyun yang cuba menganiaya Sae Ron sebelum aktres itu pergi buat selama-lamanya.

Sebelum ini, tular mesej Sae Ron merayu kepada Soo Hyun agar diberi masa menyelesaikan hutangnya.

Sae Ron turut memberitahu aktor tersebut dia mendapat notis undang-undang dan berjanji akan membayar secara ansuran selepas menerima tawaran berlakon.

Screenshot 2025-03-14 080110.png

Bagaimanapun Soo Hyun tidak membalas mesej berkenaan.

Menerusi strim secara langsung sebelum ini di YouTube, Ga Se Yeon mendakwa Soo Hyun dan Sae Ron menjalin hubungan cinta selama enam tahun sejak mendiang berusia 15 tahun.

Bagaimanapun, Gold Medalist menafikan dakwaan tersebut dan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap saluran YouTube berkenaan.

Screenshot 2025-03-14 080134.png

Pada 16 Februari lalu, Sae Ron ditemukan mati di rumahnya di Seongsu-dong, Korea Selatan iaitu pada hari jadi ke-37 Soo Hyun.

Aktres berusia 24 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 4.55 petang oleh rakannya yang merancang bertemu mendiang.

Balai Polis Seoul mengesahkan pihak mereka tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian.


SUMBER: mSTar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote borrow 14-3-2025 08:12 AM
mcm tak caya je citer ni. Klo tanak terima dr tgn heols , why tak bagi kat saeron je. Pastu searon bayo la kat KSH.
Quote forselab 14-3-2025 12:25 PM
baru tau rupa2nye Kim Sae Ron ni la budak kecik yg berlakon dlm filem Ahjussi dgn Won Bin...
Quote primarikey 15-3-2025 09:21 PM
Won bin ni hensem gile masa blakon dlm autum in my heart
Quote BoongaKertas 17-3-2025 02:19 PM
mamat KSH ni mcm redflag betul
Quote youtubevanced25 17-3-2025 02:43 PM
Kim Sai is a unique form of Ron, and it is easy to see how some people can think that he meets Ajusi's young boy. The film certainly left an impression, and it is fun when we look at the same features or vibes among the actors, especially with such memorable films.
Quote KBW2 17-3-2025 04:00 PM
Won Bin

Berlakon best, bagi apa watak pun cemerlang. Perwatakan luar pun bagus, gentleman, tak menggelenyar dan baik hati. Tak sesia jadi pemenat kipas susah mati.
Quote nono86 18-3-2025 01:46 AM
Harapnya karier KSH ni tak bangkit kembali satu masa nanti.. tapi tu la, korea ni artis jantan bermasalah takpa, dipuja2 lagi ha.. tapi kalau celebrity wanita, terus terkubur dibuli dorang..
Quote royaldanish 18-3-2025 08:06 AM
mak pak KSR ni dulu x halang pulak anak umur 15 taun becinta dgn umur 27 ye

mungkin itu biasa bagi mereka
Quote Vellfire 18-3-2025 11:15 AM
BoongaKertas replied at 17-3-2025 02:19 PM
mamat KSH ni mcm redflag betul

skrg ni merata dah citer dia..
dengan knetz lagi.. tambah lagi cnetz pun tolong sama korek semua cerita/bukti




Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 1.189954 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top