CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Mahu tenang berpuasa, lelaki baru kahwin lafaz talak menjelang Ramadan! Dosa silam isteri hantui diri, banyak video aksi ranjang

17-3-2025 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6379| Komen: 1|Original author: Raline


Screenshot 2025-03-14 075805.png


BAGI pasangan yang baru berkahwin, pastinya mereka teruja untuk meraikan Ramadan serta Aidilfitri bersama-sama sebagai suami isteri buat kali pertama.

Namun berbeza dengan kisah pasangan pengantin baharu ini yang akhirnya berpisah biarpun usia perkahwinan belum menginjak setahun, gara-gara terbongkar kisah silam si isteri.

Menerusi perkongsian di laman sosial yang dibuat seorang individu dipercayai peguam, pasangan berkenaan hadir ke mahkamah sebelum bermulanya Ramadan untuk urusan penceraian mereka.

"Satu pasangan muda, baru saja berkahwin lapan bulan, tapi diceraikan oleh suaminya. Hakim bertanya, 'tuan baru saja berkahwin, kenapa memilih untuk bercerai?'

"Suami menjawab, saya tak sanggup tuan. Lepas sebulan berkahwin, saya menerima berpuluh video tentang isteri saya. Kalau satu video, saya masih boleh berdakwa-dakwi," kata si suami.

Ketika ditanya lebih lanjut mengenai video yang dimaksudkan, lelaki tersebut menjawab ia adalah video aksi ranjang isterinya bersama lelaki lain.

Biarpun video tersebut adalah 'dosa silam' sebelum mereka berkahwin malah isterinya turut mengakui perkara itu, namun lelaki berkenaan berkata dia tidak dapat menipu perasaannya malah berasa tertekan kerana malu.

"Saya tahu isteri saya tidak sempurna. Tapi saya tertekan tuan. Malu teramat. Sebelum bermula Ramadan, eloklah selesaikan," ucapnya lagi.

Menjengah ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang bercampur, namun rata-ratanya menyifatkan penceraian adalah jalan terbaik buat pasangan berkenaan bagi mengelakkan isu berbangkit di kemudian hari apabila pasangan mula mengungkit kisah silam masing-masing.

Screenshot 2025-03-14 075851.png

"Kalau sekali mungkin dia boleh terima, tapi berulang kali... lelaki juga ada perasaan. Daripada tersakiti dan menyakiti, jalan terbaik adalah perpisahan.

"Better bercerai.. takut nanti kalau bergaduh diungkitnya kisah lalu walaupun isteri dah berubah dan bertaubat.

"Suami dia tak mampu terima. Tak apalah berpisah daripada hari-hari mengungkit dan bergaduh," demikian antara komen netizen.  


SUMBER: mSTar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 17-3-2025 04:43 PM
Lelaki yg baik utk pompuan yg baik gitulah sebaliknya.. anyway isteri ni anak polis kah?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.321929 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top