SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatan disandangnya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP, pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu, malam ini. Ahli Parlimen Bagan itu sebaliknya dilantik sebagai Penasihat DAP bagi menggantikan penyandangnya, Tan Kok Wai yang mengumumkan tarik diri sebelum ini. Perkembangan terbaru itu sekali gus menyaksikan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP kini dipegang Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo. Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan pula kekal menerajui DAP sebagai Setiausaha Agung bagi penggal kedua berturut-turut. Seterusnya Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP bagi menggantikan Gobind. Lima jawatan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP diisi oleh Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen; Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim; Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan; serta EXCO Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar.
Senarai penuh kepimpinan CEC baharu DAP diumumkan oleh Loke pada sidang media selepas barisan terbabit dipersetujui sebulat suara pada mesyuarat itu. Berikut adalah senarai penuh CEC DAP 2025-2028 Penasihat: Lim Guan Eng Pengerusi Kebangsaan: Gobind Singh Deo Timbalan Pengerusi Kebangsaan: Nga Kor Ming Naib Pengerusi Kebangsaan: 1) Chong Chieng Jen 2) Teo Nie Ching 3) Datuk Ng Suee Lim 4) Syahredzan Johan 5) J Arul Kumar Setiausaha Agung: Loke Siew Fook (Anthony) Timbalan Setiausaha Agung: 1) Sim Chee Keong (Steven) 2) Yeoh Tseow Suan (Hannah) 3) Ramkarpal Singh Bendahari Kebangsaan: Datuk Ngeh Koo Ham Penolong Bendahari Kebangsaan: Ng Sze Han Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Khoo Poay Tiong Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan: 1) Lee Chin Chen 2) Tan Hong Pin Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Yeo Bee Yin Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan: 1) Young Syefura Othman 2) Wong Shu Qi Setiausaha Antarabangsa: P Kasthuriraani Penolong Setiausaha Antarabangsa: Alice Lau Kiong Yieng Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Lee Chuan How (Howard) Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Vivian Wong Shir Yee Pengarah Strategik: Liew Chin Tong Pengarah Dasar: Datuk Chan Foong Hin Pengarah Pilihan Raya: Wong Kah Woh AJK: 1) Teo Kok Seong 2) Chow Kon Yeow Sumber: BH |
ADVERTISEMENT