CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Safee Sali lelong but istimewa ketika membantu Harimau Malaya muncul juara Piala AFF pada 2010

17-3-2025 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11354| Komen: 13



KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan, Safee Sali melelong kasut 'istimewa' yang digunakannya ketika membantu Harimau Malaya muncul juara Piala AFF pada 2010.

Kejayaan menjulang Piala AFF 2010 adalah kejuaraan tunggal yang diraih skuad negara sejak kejohanan tertinggi Asia Tenggara itu diperkenalkan pada 1996.

Skuad Harimau Malaya muncul juara selepas menewaskan Indonesia menerusi agregat 4-2 dengan aksi final dilangsungkan secara timbal balik.

Malah, Safee yang menjadi peledak berbisa buat Harimau Malaya ketika itu muncul penjaring terbanyak kejohanan apabila meledak lima gol termasuk menyumbang tiga jaringan dalam aksi final.

"Sekarang ini tiba masa untuk melepaskan kasut istimewa yang saya pakai semasa perlawanan akhir! Ini adalah simbol perjuangan, kebangkitan dan kejayaan. Kini, ia untuk anda semua, peminat saya.

"Tawaran tertinggi akan mendapat peluang memiliki sebahagian daripada sejarah yang tercipta sepanjang bersama kasut yang istimewa ini, terutama ketika final AFF 2010 menentang Indonesia di Stadium (Nasional) Bukit Jalil.


"Kasut ini jugalah yang membuat jaringan tandukan ketika itu. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki untuk simpanan anda pula selepas ini," tulis Safee di laman Faceebook miliknya.

Menerusi laman Facebook sama, Safee yang juga bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) turut melelong jersi skuad Harimau Selatan yang digunakannya ketika final Piala AFC 2015.

Lebih manis, jersi berkenaan menjadi saksi JDT mencipta sejarah menjuarai Piala AFC apabila menewaskan kelab wakil Tajikistan, Istiklol 1-0.

Menerusi satu komen di laman berkenaan, Safee menjelaskan bidaan tertinggi setakat ini bagi jersi berkenaan adalah RM2,888.

"Setiap jersi yang saya simpan membawa bersamanya kenangan yang indah dan detik yang tak terlupakan. Tawaran tertinggi akan mendapat peluang untuk memiliki jersi sentimental ini.

"Saatnya untuk melepaskan yang lama dan memberi ruang untuk pengalaman baru. Terima kasih, wahai kenangan terindah dan atas segala yang kau ajarkan," tulisnya.

Sumber: BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 17-3-2025 04:27 PM
Takde duit sgt ke ni kasut buruk pun nak lelong?
Quote prince_marhaen 17-3-2025 04:51 PM
duit dah abis joli2 ngan awek2 ke tuwwwww... hehehehe
Quote Manjahati 17-3-2025 09:04 PM
Cari duit utk raya
Quote tahanie 17-3-2025 09:13 PM
Ada ke yg nak
Quote primarikey 17-3-2025 09:38 PM
Nampak busuk je kasut tu
Quote Freezies 17-3-2025 09:42 PM
Ewww.Kasut dah berkarah die nak jual?
Quote kemaruk 17-3-2025 09:55 PM
Zaman mahaldahni kasut pon kena jual
Quote sayawifenikmie 17-3-2025 10:25 PM
buruk jer kasut nya ...
dah kering ke macam mana ?
segala maknika nak dilelong ..

semoga yg baik2 sahaja walaupun .....
Quote bottombikini 17-3-2025 11:00 PM
euww...sape tu yg beli
Quote Decaffeinated 17-3-2025 11:06 PM
adalah yang menderma nanti disguised as peminat tegar katanya.
Quote Jitu 18-3-2025 07:16 AM
bagi free pun tak hingin la

teringat iklan SYM - Safee yang menunggang
Quote supernaturalee 18-3-2025 08:14 AM
Jitu replied at 18-3-2025 07:16 AM
bagi free pun tak hingin la

teringat iklan SYM - Safee yang menunggang

dan jgk

Syamsul yg menunggang


Quote midori888 18-3-2025 08:20 AM
dah sengkek sgt ke tu?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.039156 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top