Oleh Adib Za Sekurang-kurangnya 45 ekor ikan paus mati dan kelihatan terdampar di pantai negeri Tamil Nadu, India.
Agak menyedihkan kerana kesemua paus ini terdampar dalam keadaan berkumpulan di sepanjang pantai. Orang tempatan cuba membantu membawa semula ikan-ikan tersebut ke dalam laut namun paus tersebut kembali ke tepi pantai semula. "Lebih kurang 45 ekor paus yang mati dan 36 yang lain cuba diselamatkan, namun ikan paus ini kembali semula ke tepi pantai," ujar Dr Patterson Edward, Pengarah Institut Marin di situ.
Patterson juga mengatakan agak sukar menyelamatkan paus yang masih hidup kerana paus memiliki berat badan yang membuatkan ia sukar kembali ke laut dan badannya mudah terdedah kepada kepanasan. Ini disebabkan badan ikan paus diselaputi dengan lapisan lemak. - CARI Infonet Sumber: BBC, Mstar Online |
10
Bagus |
19
Marah |
17
Terkejut |
18
Sedih |
8
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT