Oleh : Dean BZ
SATAY KAJANG. Foto : vkeong.com Bercerita pasal sate, sudah tentu satu Malaysia tidak asing lagi dengan nama sate paling popular di Malaysia, iaitu sate Kajang. Sate Kajang sememangnya terkenal dengan saiznya yang besar dan sangat enak. Apa yang ingin penulis kongsikan kali ini adalah mengenai Sate Jabi yang dikatakan telah lama popular di pantai timur Malaysia terutamanya di Terengganu dan juga Kelantan. Lokasinya di Kampung Baket, Jabi di mana terdapat tiga buah gerai yang menjual makanan itu.
Sate Jabi mempunyai kelainan dan keistimewaan tersendiri, mungkin sate di sini lain daripada lain kerana cara buatan kuah kacangnya yang berbeza daripada tempat lain. Daripada sumber, dalam sehari hampir sebanyak 5,000 cucuk sate dijual dikedai-kedai sate yang terletak di Jabi, Besut, Terengganu. Juga sebanyak 45 kilogram nasi himpit ditanak setiap hari . Setiap kali cuti sekolah atau cuti umum, kedai-kedai sate di Jabi akan dipenuhi pelanggan dari kalangan penduduk tempatan mahupun dari luar. Memang sedap, adakah Sate Jabi akan memasuki pasaran lembah klang dan menjadi pesaing Sate Kajang tak lama lagi? - CARI Infonet. |
25
Bagus |
10
Marah |
17
Terkejut |
25
Sedih |
19
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT