CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Terlalu Manjakan Anak, Gelap Masa Depan Mereka?

15-1-2016 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10470| Komen: 29

Oleh Adib ZA




"Kerja rumah? Cuci pinggan sendiri? Alah, tak payah ajarlah, anak kecil lagi."


Mungkin anda pernah mendengar ramai di kalangan ibu bapa yang berkata begini. Konon-konon, anak yang kecil, jangan diberatkan dengan kerja rumah yang dibuar oleh orang dewasa. 


Namun seorang netizen, telah memberikan pandangan yang tidak bersetuju dengan hal itu. 


"Tidaklah mendera jika anak sejak kecil kita ajarkan untuk tahu jika tumpahkan air, cari kain/tuala lap meja, lap. Supaya tidaklah nanti bila ke mana-mana, tak ada rasa tanggungjawab hinggakan semua mahu cleaner yang buatkan. Semua mahu bibik yang settlekan.


"Tidaklah keji jika sejak kecil, kita ajarkan anak, sebelum mandi, lepas tanggalkan baju, masukkan ke dalam bakul. Supaya tidaklah nanti mereka pakai campak saja baju ke lantai dan biarkan kita yang mengutipnya (atau pembantu rumah kutipkan? itu lagi keji) seperti orang tiada tamadun." antara yang dinukilkannya.

 



Netizen ini antara lain ingin menegur ibu bapa yang seolah-olah mematikan nilai murni dalam diri mereka dan anak-anak. 


Lebih teruk ada yang menjadikan ibu bapa sebagai hamba kerana seisi keluarga yang lain tak pandai dan tak peka dengan kerja-kerja rumah. 


Netizen ini juga mempersoalkan mengapakan hal akademik sahaja yang dititikberatkan, tidak hal berkaitan 'kemahiran hidup'. 


(Sumber foto: Carian google)


Bagaimana jika anak-anak membesar menjadi orang bijak pandai namun kosong nilai murni dalam diri?


Bagi ibu bapa di luar sana, tepuk dada, tanya selera. Jangan terlalu manjakan anak sehingga membunuh masa depan mereka sendiri. - CARI Infonet

21

Bagus
26

Marah
12

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 15-1-2016 04:33 PM
Iols ada kenal org ni, ank pompuan die mmg diajar masak dr kecik..dah besar ni mmg pandai masak..
Tp klu bab mengemas mmg hauk..sbb mak nye pun xreti mengemas, pengotor..
Quote irwansuhadi 15-1-2016 04:41 PM
sekarang yang paling jilake bila house chores langsung tak reti buat disebabkan maid yang selalu buat. result, jadi adult yang tak reti kemas rumah. kemas = bermaksud tak bersepah (tak harap pun buat deko bagai). lelaki ngan pompuan pun sama je
Quote Emperor95 15-1-2016 05:20 PM
tidak salah memanjakan anak tetapi bagi perkara2 asas sebegini perlu diajar daripada kecil. Paling tidak pun bermula pada usia 6 - 7 tahun.
Quote sabar_sabariah 15-1-2016 05:43 PM
aku perasan kalo orang pompuan yg pandai masak, tak pandai mengemas. pandai mengemas, tak pandai masak plak.
Quote watie_na 15-1-2016 06:18 PM
anak2 kena ajar buat kerja rumah dari awal usia
supaya boleh berdikari dan tak buat org menyampah
Quote Artemesiaa 15-1-2016 06:40 PM
Betul tu mereka kena diajar dari kecil supaya mudah terbiasa buat kerja bila dah dewasa
Quote faraway1 16-1-2016 12:23 AM
Artemesiaa replied at 15-1-2016 05:40 AM
Betul tu mereka kena diajar dari kecil supaya mudah terbiasa buat kerja bila dah dewasa

exact, my godson, umur 4 tahun dah pandai goreng telur tau..
mama dia oh coz berdiri kat sebelah tenguk, tapi dari pecahkan telur,
letak butter, terbalikkan telur tu semua dia buat sendiri...

anak omputih memang diajar memasak dari kecil..
Quote Artemesiaa 16-1-2016 10:40 AM
faraway1 replied at 16-1-2016 12:23 AM
exact, my godson, umur 4 tahun dah pandai goreng telur tau..
mama dia oh coz berdiri kat sebelah  ...

Betul tu my friend tokey petrol station kat rumah bibik semua ada boleh je buat kerja.  Tapi anak pompuannya umur 9 tahun dah mahir buat macam2 dessert sedap lak tu sebab maknya rajin ajarkan sejak dari kecik buat kerja rumah.  Yg umur 4 tahun tu siap boleh tolong basuh pinggan sendiri.  Gelak kadang tengok dia stand on stool sebab sinki tinggi.
Quote cik_ainol 16-1-2016 01:25 PM
Memang betul tu kalau hanya tumpu pada pencapaian akademik saja tapi kerja rumah tak diajar dari kecik..memang susah. Macam mana bila dah dewasa ada rumah sendri ada keluarga sendiri. Mcm mana pulak kalau dah berkahwin.di rumah mertua nak goyang kaki jgk ke. Mcm kes yg chef wan marah ahli keluarga malas buat kerja dapur. Mungkin tu antara salah satu contoh. Balik rumah datuk nenek tak tahu nak tolong.dibuat mcm chalet homestay.dibuat mak sedara dan nenek macam tukang masak.tak ada nilai gotong royong  sebab dari kecik tak diajar buat semua tu.masuk dapur tak tahu nak buat apa.
Quote sepiITUindah 16-1-2016 02:21 PM
anak buah aku 3T
umur dah 18
tidur, telepon, tv
Quote cinta_86 16-1-2016 04:29 PM
betul...even lelaki pon kene rti jgak buat keje umah...abg aku umur 9thun gosok bju sendiri...
Quote elmen 16-1-2016 08:39 PM
nenek laki i, harammmmm xbagi anak cucu laki buat keje.. sudahnye keje mengangkang je.. basuh pinggan sebutir pun malas nak mampos.. meluat..
Quote nakkomenjugak 16-1-2016 09:16 PM
Anak bos aku, dah darjah 4, gosok baju sekolah sendiri pon tak reti. Dah nenek yang buat sume benda, dia goyang kaki jela. Baju stokin busuk tu letak merata2. Konon mak budak ni kawen muda, tak reti jaga anak lagi, bagi mak jaga. Yang mak nya pulak manjakan sangat budak pompuan ni. Sekali mendapat la cucu pemalas. Geleng jela aku.
Quote cmf_premierleag 17-1-2016 04:43 PM
faraway1 replied at 16-1-2016 12:23 AM
exact, my godson, umur 4 tahun dah pandai goreng telur tau..
mama dia oh coz berdiri kat sebelah  ...

Bukan itu je sis
Anak2 kokesen ni diajar berenang sejak kecil
Jadi bila dh dewasa, mereka itu sudah terbiasa dgn acara2 sukan air spt water polo, surfing, diving, main perahu layar
Yg ummah meleis lak..duk je kat tepi pantai sambil tgk2 je ummah kokesen buat xtvt tu sume..padan muka meleis
Sbb dr kecil.parents meleis disogokkan dlm kepala.otak, blajar berenang tu haram sbb pakai swimming suit dan campur laki wanita dlm pool
Akak rs nak terajang je parents yg sebegini
Ujung2 bila anak mati lemas, meratap pilu katanya takdir
Quote cmf_premierleag 17-1-2016 04:45 PM
Esok bila meols dah ada anak, meols ajar je dia buat keje2 rumah
Bukan utk jimat cost maid etc..tp lebih kpd ilmu survival skills
Quote cmf_premierleag 17-1-2016 04:48 PM
Dan juga meols akan ajar dia berenang
Ekceli bukan mahal pun nak blaja berenang ni
Pedulikkan le halal haram
Yg penting ada skill berenang
Quote faraway1 17-1-2016 10:03 PM
cmf_premierleag replied at 17-1-2016 03:43 AM
Bukan itu je sis
Anak2 kokesen ni diajar berenang sejak kecil
Jadi bila dh dewasa, mereka itu su ...

berenang tu lah benda pertama me buat masa pindah canada ni,
cam wajib tahu berenang kaedahnya kat sini, my husband pun dah cakap,
our baby kelak, umur 6 bulan terus akan belajar berenang...

cuma me minta hantar anak pergi kelas lah, bukan buat
camana my husband belajar berenang dari ayah dia..
ayah dia campak dia dalam kolam belajar sendiri aje

Quote DaisyD 18-1-2016 10:58 AM
rasanya tak zalim kot. ajar yang basic basic untuk lelaki perempuan. at least dah besar tahu juga lah buat kerja rumah.
Quote mast3rshad0w 18-1-2016 12:03 PM
utk akhir zaman skang, it's quite true ....
senang cerita, secangeh moden mana pon zaman tu....jgn dok abai ajaran org tua tua dulu bila dah kawen
ikut saja petua dan cara tok nek kita dulu dlm mendidik anak....tu ajer...

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.052853 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top