CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Meletupkan Diri Tindakan Terpesong Dan Tidak Bau Syurga - Dr Zaharuddin

19-1-2016 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5284| Komen: 26


Oleh : Dean BZ




Kebelakangan ini sering kali kita mendengar berita serangan pengganas dimerata-rata tempat awam yang mana hingga ada yang sanggup meletupkan diri semata-mata atas perjuangan tertentu. Lebih buruk lagi ada kumpulan pengganas ini menggunakan agama bagi tujuan untuk memesongkan pengikut dan mencapai matlamat.



Kebangkitan satu kumpulan yang digelar ISIS (Islamic State of Iraq and Syria) atau kini dikenali sebagai Daesh yang seringkali dikaitkan dengan siri serangan berani mati menyemarakkan lagi "Islam Phobia" di seluruh dunia.


Dr Zaharuddin Abdul Rahman - Foto SinarHarian


Memetik laporan SinarHarian bertarikh 19 Januari 2015, walau apa jua pegangan agama rakyat di negara ini, tindakan meletupkan diri adalah sesuatu perkara yang tidak betul malah jauh terpesong dari tuntutan agama, kata Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Menurutnya, memusnahkan diri sendiri walau dengan apa juga cara, tidak akan membawa ke syurga dan apa yang berlaku kini terlalu nyata bercanggah dengan ajaran Islam sendiri.

foto : jakartagreater.com



“Kejadian yang berlaku tidak wajar, malah jika benar demi jihad, ia dilakukan di negara yang tidak dijajah. Seperti Palestin, lain keadaannya kerana negara tersebut memang dijajah oleh Yahudi (Israel).

“Ia (pengebom berani mati) kini telah menjadi isu global yang sentiasa membawa kepada situasi bimbang terutamanya kepada kita semua selaku orang ramai yang terdedah kepada risiko berhadapan situasi berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ujar beliau, kematian pasti akan berlaku ke atas setiap yang hidup namun kejadian seumpama itu hanya diandaikan berkemungkinan berlaku di negara ini kerana ia baru sahaja berlaku di negara jiran Indonesia.

Foto : harianmetro


“Kita tidak pasti keadaan keselamatan yang sebenar namun sebagai orang Islam, kita seharusnya mengambil berat tentang isu keselamatan dan perlu mengambil langkah berwaspada dan lebih berhati-hati kini.

“Nasihat pihak berkuasa perlu dipatuhi, kuarantin diri dari pergi ke kawasan berisiko atau tidak selamat yang dimaklum polis bagi mengelak dari berhadapan risiko bahaya yang menanti,” katanya.

Jadi, atas tujuan apakah perjuangan mereka hingga ada yang sanggup meletupkan diri? Lebih jelas perjuangan ini terpesong apabila orang awam dijadikan sasaran utama. - CARI Infonet.





*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.


Bagus
2

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluehedgehog 19-1-2016 12:05 PM
mmg pesong pun..tp masi ada yg ikut juga
Quote khairulazuan 19-1-2016 12:14 PM
mati katak je
mmmmm
Quote melinda_kerr 19-1-2016 12:16 PM
Pelikkan? Mcm kena pukau je diaorg2 tu. Adakah IS menggunakan bantuan jin untuk memukau pengikutnya?
Quote azie5zoe 19-1-2016 12:29 PM
dia org ingat mati syahid..padahal mati yg tak boleh nak dijahit..mati katak nmpk gak rupanya...
Quote Emperor95 19-1-2016 12:38 PM
Pengorbanan yang sia2
Quote EJALTI 19-1-2016 12:42 PM
Mati sia2 jerk.....macam katak kena gelek lori...
Quote blackwidowbae 19-1-2016 02:26 PM
Bodo bertingkek tingkek
Quote True-X 19-1-2016 02:47 PM
Katekan aje 72 dara tunggu kt syurga tuh hadis palsu..
Quote Simunggu 19-1-2016 03:15 PM
Islam 0....kapir 1......(otak DAP..)
Quote irwansuhadi 19-1-2016 03:19 PM
suicide bomber nih memang bullshit! buat rosak nama Islam je!!!
Quote trisnalovezul 19-1-2016 03:32 PM
knapa mau bunuh diri.berdosa tuhan laknat..patutnya umur yang ada ini kita enjoy dan hadapi hidup ini bersama orang tersayang
Quote Aliaskotonggo 19-1-2016 03:44 PM
harap ISIS forum Cari dapat respon:

mast3rshad0w, thessaly, dargo
Quote cmf_shalom 19-1-2016 03:48 PM
bagus juga ustaz ni...plus nasihat yg beliau bagi

atlast dia mengaku ada org Islam tersalah pegangan shingga tgamak melakukan pengeboman mcm ISIS..

jgn mcm sstengah org..denial mode...mn mungkin org Islam boleh main letup2 mcm tu...last2 tuduh iru semua lakonan yahudi/mosad/nasoro/cia...
Quote DaisyD 19-1-2016 03:57 PM
ada orang comment cakap pasal ini kira bunuh diri, ramai yang jawab orang tu tak belajar lah, sekarang ini kan islam dipandang hina, orang pijak kepala so ini benda bagus lah tunjukkan islam ini macam mana. i was like whattttttttt?
Quote JohnDeSouza 19-1-2016 03:59 PM
Kan ustaz ni digelar ustaz aircond bg depa?
Quote Aliaskotonggo 19-1-2016 04:00 PM
bakpe pulok ustaz aircond? sebab dok dalam opis?
Quote L211 19-1-2016 07:05 PM
maka tiada laaa cikki bidadari dan sungai minuman disyurga... heheheh sia 2 hidup...ada hidup pi bunuh diri
Quote dani-rox 19-1-2016 07:52 PM
siapa2 yg pernah tengok rancangan Dangerous Persuasions kat CI, tahulah mcm mana minda manusia boleh dimanipulasi dan dipengaruhi dgn ajaran2 serta ideologi yg terpesong.
Quote AbukRokok 19-1-2016 10:35 PM
kenyataan ustak bercanggah dgn fatwa ulamak tersohor boleh letupkan diri sdri.

motif bercanggah antara satu sama lain?

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.060573 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top