CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Andrew Selamatkan Anak Ini Selepas Curiga Kereta Bergoyang Dengan Dahsyat

23-1-2016 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 17699| Komen: 116

Oleh Izzah Abbasy

Kejadian yang berlaku pada 30 Disember tahun lalu sukar dilupakan apabila adegan penderaan yang berlaku depan matanya sekitar jam 11.15 malam di Taman Sri Pulai, Sikamat, Seremban.

Andrew yang meyelamatkan budak kecil ini menceritakan ;

"Pada malam kejadian, saya baru balik dari kedai makan. Masa tu, saya ternampak sebuah teksi diletakkan agak tersorok daripada pandangan orang ramai dalam keadaan cukup mencurigakan. 

"Walaupun dah perasan kelibat teksi tu sejak tiga bulan lepas, tapi kali ini lain sikit perasaannya. Saya nampak kereta tu bergoyang-goyang macam berlaku sesuatu yang dahsyat,” katanya.


Disebabkan perasaan ingin tahu, Andrew kemudian mengambil keputusan untuk mendekati teksi jenis Proton Iswara berkenaan dari arah belakang.

“Saya parkir lebih kurang 10 meter dari teksi tu. Kemudian, saya menyelinap ke bahagian tepi dan intip ke dalam kereta.

“Berderau darah saya bila tengok seorang lelaki di kerusi pemandu sedang memukul belakang anaknya bertalu-talu guna tali pinggang. Bila budak tu hampir rebah, lelaki tu terajang pula mukanya,” katanya. 

Barangkali sudah puas menyeksa kanak-kanak malang itu, katanya, si bapa kemudiannya merebahkan kerusi dan terus tidur.

“Saya tergamam, tak terkata apa melihatkan kezaliman yang berlaku depan mata. Hanya satu benda terlintas dalam fikiran saya, kena cepat hubungi polis. 

“Tak lama kemudian, tiba seorang polis peronda wanita menunggang motosikal. Tanpa berlengah, saya ceritakan apa yang berlaku kepadanya,” katanya.

Menurut Andrew, anggota terbabit segera mengejutkan si bapa lantas memperkenalkan diri, sebelum memintanya menunjukkan kad pengenalan.

“Masa lelaki tu nak serahkan Mykad pada polis, saya cepat-cepat cabut kunci kereta. Bukan apa, sebagai langkah berjaga-jaga sebab saya nampak dia macam cuba nak larikan diri.

“Lelaki tu bengang dengan kehadiran polis. Dia siap marah lagi pada kami dan cakap ‘saya punya tangan, saya punya sukalah nak pukul!’,” katanya.

Kata Andrew, dia mengesyaki lelaki terbabit berada di bawah pengaruh gam berdasarkan cara lelaki itu berkomunikasi, termasuk penemuan beberapa tin gam dalam kenderaan terbabit.

“Saya difahamkan, anak-beranak tu berasal dari Rembau. Teksi tu tempat mereka berdua menumpang teduh sekarang. Dipercayai, si bapa selalu pukul anaknya untuk melepaskan geram selepas ditinggalkan isteri.

“Sebenarnya lebih kurang dua bulan lepas, saya pernah tanya si bapa mengenai kecederaan pada bahagian atas kening kiri anaknya. Tapi dia cuma jawab, anaknya terjatuh. Sekarang, misteri dah terungkai,” katanya. 

Kesan libasan tali pinggang pada belakang badan kanak-kanak malang berkenaan. - Foto: Ihsan Andrew


Pihak polis menganugerahkan sijil penghargaan kepada Andrew ketika perhimpunan pagi yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini, semalam. - CARI Infonet 

Kredit : Sinar Harian




21

Bagus
13

Marah
9

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jagendas 22-1-2016 02:20 PM
kesian
nasib baik ade yg prihatin

mohon bapak budak ni campang gaung je lah

buat penuh penjara je
Quote Munah_Sparta 22-1-2016 02:20 PM
kesian nye..ape pon kesalahan budak tu rasanye ta patut lah pukul smpai darah2 camtu..ni mesti set2 jntan hnya pndai menyemai benih jah..puii
Quote Munah_Sparta 22-1-2016 02:23 PM
btw mcam kelakar jah baca part yg keta goyang2 tu.."macam berlaku sesuatu yg amat dasyat"..kah2
Quote cmf_blingblings 22-1-2016 02:23 PM
aku harap ramai lagi masyarakat yg `menjaga tepi kain orang` atau prihatin terhdap jiran tertangga utk mengelakkan ramai lagi kanak-kanak dan isteri yg mati atau cedera didera suami atau ibu bapa.
Quote MeghanK 22-1-2016 02:24 PM
kesian..nasib baik ada andrew..mak budak tu lari sebab tak tahan kena pukul jugak ke tapi kesian kat budak tu jadi mangsa ayah dia pulak
Quote lurve82 22-1-2016 02:24 PM
adoi..kemurungan betul baca berita gini...anak hakak 3 thn..hakak rasa dia yg dera hakak...sbb asyik mencubit dgn gigit...hakak lak nk jentik dia pun xsmpi hati...

harap bapak neraka dia xdpt jmp dia la smpi mampos...
Quote tri-max 22-1-2016 02:24 PM
jilake.. pttuuuuih punya bapak
semoga kena gam seluruh bandan termasuk tuuut supaya ko takleh nak tuuuttt lagi!
Quote chazey 22-1-2016 02:25 PM
Jagendas replied at 22-1-2016 02:20 PM
kesian
nasib baik ade yg prihatin


Aku nak pak tu diseksa teruk selama setahun.

Barulah dicampak ke gaung hidup2.
Quote cHimo 22-1-2016 02:26 PM
Harap pak polis sebat pulak bapak budak tuh puas2 biar dia rasa.. ::
Quote JENABREJAM89 22-1-2016 02:29 PM
xguna betul bapak nyee , apalah salah budak tu yg didera sebegitu .
Quote mamapea 22-1-2016 02:34 PM
siannya budak ni...nasib baik la si andrew ni prihatin...
Quote brown_pupil 22-1-2016 02:37 PM
ada sesetengah orang memang tak layak jadi parents.. patutnya org2 cemgini di kasi jer terus, kasi x boleh beranak atau buat anak.
Quote EJALTI 22-1-2016 02:38 PM
TQ Mr Andrew...
Quote cap_ayam 22-1-2016 02:41 PM
Nasib baik Mr Andrew ni prihatin.. Selamat satu nyawa..
Quote @pplegreen 22-1-2016 02:41 PM
kesiannyer budak tu berbirat
Quote putehkundor 22-1-2016 02:41 PM
Bangsat macam ni layak dipotong konek jah.
Quote barfi 22-1-2016 02:44 PM
MeghanK replied at 22-1-2016 02:24 PM
kesian..nasib baik ada andrew..mak budak tu lari sebab tak tahan kena pukul jugak ke tapi kesian kat ...

Mak budak tu bodoh. Kenapa lari tinggalkan anak.
Bawalah anak sekali. Pundek punya mak.
Dah tahu laki jahat. Tergamak ko tinggalkan anak ko dengan laki tu.
Quote ninjago 22-1-2016 02:46 PM
astaghfirullahhh... budak 3 tahun ko balun??? go to hell la cepat2 bapak dia nie.. ishhh. sakit hati aku tgk budak tu berbirat2 kena belasah camtu..
Quote kucen_miang 22-1-2016 02:48 PM
Munah_Sparta replied at 22-1-2016 02:23 PM
btw mcam kelakar jah baca part yg keta goyang2 tu.."macam berlaku sesuatu yg amat dasyat"..kah2

haruslah aney tu berharap dpt skodeng aksi penggomolan yg maha hebat.

harap bapak budak ni dipenjarakan dan menerima terajangan maksimum dari inmates kelak.

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.062528 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top