CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Restoran Jual Milo Ais RM6.70 Segelas Diberi Notis

26-1-2016 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30833| Komen: 254

Oleh : Dean BZ

Gambar hiasan


Dua buah restoran di sebuah pasar raya di Shah Alam diminta memberi penjelasan perhubung dakwaan menjual milo ais pada harga RM5.90 hingga RM6.70 segelas.

Notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kemudian dikeluarkan terhadap dua buah restoran terbabit, kata Penolong Pengarah Kanan Kementerian Perdagangan Dalam Ne-geri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Yusof Bakar. 

Menurut beliau, sebelum ini pihaknya menerima aduan daripada orang ramai sebelum pihak KPDNKK membuat pemeriksaan di kedua-dua restoran berkenaan.

“Kita telah memeriksa harga makanan dan minuman, kita mendapati, minuman milo ais dijual pada harga RM5.90 hingga RM6.70 berbanding harga normal RM2.20 sen serta air suam dijual pada harga RM0.80 sen.

“Harga tersebut terlalu tinggi. Justeru, kita keluarkan notis kepada kedua-dua premis terbabit dan mereka dikehendaki memberi penjelasan dalam tempoh seminggu,”
katanya ketika ditemui di sini semalam.


9

Bagus
7

Marah
15

Terkejut
7

Sedih
18

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 26-1-2016 05:36 AM


YUSOF menunjukkan resit harga milo ais RM6.70 sen segelas dan air suam RM0.80 sen segelas yang dikenakan kepada pelanggan semasa membuat pemeriksaan di dua buah restoran di sebuah pasar raya di Shah Alam semalam.

Quote myoujin 26-1-2016 05:37 AM
Penjelasan : Aku mahu kaya
Quote Vermicelli 26-1-2016 05:57 AM
Milo Malt? Milo Australian Recipe?

Quote sukacactus 26-1-2016 06:10 AM
Buat air pakai apa?
Pakai valrhona ke godiva chocolate ni?
Quote cinta_86 26-1-2016 06:35 AM
mhal nyer wei....adoi...melampau betul...cm tu bek order juice...
Quote merrissa 26-1-2016 06:58 AM
nak setarap setaqbuck la tuh
Quote TuntungReturn 26-1-2016 07:03 AM
harga tu merangkumi
gst,minyak,epf,socso,tol,letrik,air,gaji pekerja,cukai pintu,iwk,pinjaman bank(kereta,rumah)ais, cawan, susu,milo,straw. org bisnes kene kira suma ni. 1 sen pun x kene kira. ang pa mkn gaji mna taw ape.
Quote peynoLegend 26-1-2016 07:03 AM
kami kat johor biasa laa dgn harga tu

sebab dkt dgn spore

misliah tukiran
kota tinggi
Quote ultra78 26-1-2016 07:25 AM
Air milo 30 juzuk ke apa ni?
Quote bluehedgehog 26-1-2016 07:46 AM
tepekkan nama restoran la...
Quote gaara_X 26-1-2016 07:49 AM
ermmmmmm.....masih ado yang mampu
Quote fifie_olin 26-1-2016 07:51 AM
dh tgk rege sebegitu jgnla order...
melampau sgt regenya...
Quote bluehedgehog 26-1-2016 07:54 AM
fifie_olin replied at 26-1-2016 07:51 AM
dh tgk rege sebegitu jgnla order...
melampau sgt regenya...

saja nk ambil gmbr, report, upload, masuk berita...femes...

Quote Syd 26-1-2016 08:33 AM
kat fb viral sehari sebelum diserbu neh, mangsa kena kat Chicken Rice Shop
Quote Syd 26-1-2016 08:33 AM
Edited by Syd at 26-1-2016 08:35 AM

layan gambar..

salah orang laaa yang kono tuh







Akhtar Sahari added 3 new photosfeeling angry.January 24 at 7:31pm ·

BOIKOT CHICKEN RICE SHOP!!
Aku bukan tak mampu ataupun racist. Ini sudah melampau!!! Milo Ice RM6. Air suam/ais kosong 0.72 sen!!! Kali ni biar Friends Of KPDNKK ajar tokey nasi ayam ni.Penguatkuasa akan rempuh esok.
Pls Viral!!!




Quote Syd 26-1-2016 08:35 AM
Akhtar Sahari added 3 new photos.
19 hrs ·

BOIKOT CHICKEN RICE SHOP part 2:
Kata dikota.CRS kena serbu hari ni. Syabas team Penguatkuasa KPDNKK Sgor!!! Kipidap!!!
Teruskan BOIKOT!!! SHARE & VIRALKAN!!!

‪#‎FriendsOfKPDNKK‬
‪#‎CaringMinistry‬





Quote airiscomei 26-1-2016 08:40 AM
kat kl sentral.....booth nasi ayam /itik ..milo ais scawan kicik 4 hengget....
aku duduk sg mati....se bag ikat tepi br 2 hengget....siap buh ais lebeh
Quote fairy_fairy 26-1-2016 08:41 AM
Ko tak baca menu ke bang sebelum mengorder? Bila ko dah order means ko dah setuju la nak bayar harga sekian2. So, apesal nak bising pulak lepas dah mencekik?? Aku stop pergi The Chicken Rice Shop ni pasal harga yang aku rasa melampau. Suka hati tokey tu lah nak set harga berapa pun yang penting harga kena display. And up to the consumers to walk away bila rasa harga tu tak berbaloi.

Quote revolusi_30 26-1-2016 08:41 AM
la...masa order tu x tgk harga ke....

Lihat semua komen(254)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050821 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top