Oleh Izzah Abbasy
Marahnya seorang bapa apabila diketahui anak beliau darjah satu telah ditampar oleh seorang pendidik yang mengajar anaknya di Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh, Gua Musang Kelantan. Kejadian ini telah menjadi viral setelah 'bapa moden' ini telah memuatnaik status mengancam guru yang menampar anaknya dengan perkataan yang kesat. Jika zaman dahulu, apabila anak mengadu dicubit, ditampar dan dirotan oleh guru, pasti ibu bapa bertindak untuk memukul kembali anak mereka sebagai pengajaran kerana tahu anaknya memang bersalah dan harus dihukum. Namun, anak mereka akhirnya berjaya dan menjadi anak yang berguna pada hari ini. Kini, ibu bapa langsung tidak membenarkan guru-guru menyentuh anak-anak mereka. Jika disentuh, terus dituduh mendera anak-anak ini. Ibu bapa seharusnya jangan cepat melatah dengan tindakan guru-guru. Ada baiknya jika ibu bapa berbincang dan mengambil tahu sebab guru tersebut menampar anak mereka. Guru adalah pendidik yang paling mulia dan harus dihormati bukanlah dikeji. Kepada ibu bapa, nilai semula cara anda mengajar anak-anak di rumah. Jangan bertindak memalukan diri sendiri sehinggakan terkorban maruah keluarga. Ingatlah, ibu bapa menjadi 'role model' kepada anak-anak. Jika, kita mudah mengeluarkan perkataan yang tidak baik, anak-anak juga akan begitu apabila mereka dewasa kelak. Bertindak bijak dengan setiap perkataan dan perbuatan. - CARI Infonet
|
2
Bagus |
3
Marah |
1
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cekodok.masin replied at 26-1-2016 12:22 PM
bdk skrg ada yg pndai menipu even bru tadika . aku pnh jaga ank kakak ipar sedara aku . ank die p ck ...
MelZ_Eulalia replied at 26-1-2016 12:37 PM
memang budak tadika pun dah pandai menipu
cekodok.masin replied at 26-1-2016 12:22 PM
bdk skrg ada yg pndai menipu even bru tadika . aku pnh jaga ank kakak ipar sedara aku . ank die p ck ...
myakayina replied at 26-1-2016 12:55 PM
attitude problem dah tu..takut membawak sampai ke besar tabiat menipunya..
ADVERTISEMENT