CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bajet 2016: Pelepasan Cukai Sebanyak RM2,000!

28-1-2016 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9462| Komen: 44

Loading FB Post...



Kemaskini 12.55 pm

Sumber: Twitter Najib Razak


11 Langkah Penstrukturan & Pengubahsuaian BAJET 2016 iaitu:


(1) Kerajaan setuju untuk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% mulai Mac 2016-Dis 2017. Walau bagaimanapun, caruman majikan kekal


(2) Kerajaan akan beri pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015


Walaupun kerajaan akan hilang hasil sebanyak RM350 juta namun ianya dapat beri penjimatan bayaran cukai individu sehingga RM475, manfaatkan 2 juta pembayar cukai


3) Bagi kurangkn kos keperluan harian, kerajaan akan, antaranya, liberalisasikan AP bagi produk pertanian terpilih termasuk biji kopi mentah,daging


- FAMA akan buka pasar belian trus hasil pertanian MyFarm Outlet yag jual barang makanan pada harga jualan 5-20% lebih rendah dari harga pasaran


- KPDNKK akan kenalpasti lebih banyak kedai-kedai jualan harga berpatutan seperti hypermarket. Jumlah Kedai Harga Patut akan ditingkatkn daripada 640 kepada 1,000 


- KPDNKK akan tingkatkan penguatkuasaan & ambil tindakan ke atas peniaga tidak beretika yang ambil kesempatan kaut keuntungan berlipat ganda


- Untuk terus bela pesawah, kerajaan sediakan tambahan tunai RM50 bagi setiap 1 tan metrik padi bersih sebagai insentif input pengeluaran padi


- Program MyBeras diperkenal. Setiap keluarga miskin tegar yg berdaftar akan dibekal dengan 20kg beras setiap bulan untuk kurangkan bebanan hidup


(4) Berkuat kuasa serta merta ke atas projek baru, semua penjualan rumah berharga hingga RM300,000 terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja


- Bagi Projek Perumahan Rakyat berharga RM35,000, kerajaan menerusi BSN & Bank Rakyat tawar pakej pembiayaan pada kadar 4% manfaatkan lebih 10,000 pemilik rumah


(5) Sumbangan 30% daripada levi HRDF akan disediakan untuk tingkatkan kompetensi & kemahiran pekerja, termasuk pekerja yg telah diberhentikan


(6) Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan & pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders 


(7) Kerajaan terus perkemas sistem pengurusan pekerja asing, kadar levi diklusterkan kepada 2 kategori, tidak termasuk pembantu rumah asing 


- Kerajaan laksana Program Penggajian & Penempatan Semula PATI, beri peluang kpd PATI yang bekerja secara haram diberi permit kerja yang sah


(8) Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutamanya bekalan & perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran


(9) Perbelanjaan pembangunan akan fokus kepada projek & program mendahulukan rakyat, mempunyai kesan pengganda tinggi & kandungan import rendah


(10) Institusi kewangan pembangunan & dana modal teroka milik kerajaan akan tambah dana RM6billion dalam sediakn pembiayaan kepada PKS & syarikat permulaan 


(11) Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bagi kurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan & golongan pekerja, akan dipantau EPU 


- Pelancong dr China tidak perlu visa untuk ke Malaysia bermula 1 Mac-31 Dis, tertakluk syarat2 tertentu bg tempoh lawatan tidak lebih 15 hari 


- Kerajaan tidak sesekali berkompromi terhadap apa yang betul untuk negara & rakyat. Program Pemberian BR1M & bantuan kebajikan akan terus dilaksana 


- Kerajaan akan mengekalkan kadar GST seperti sedia ada


- Kerajaan terus prbelanjaan berhemat, tdk libatkn emolumen kakitangan awam & tidak berhentikan penjawat awam termasuk lantikan secara kontrak 


- Kerajaan juga teruskan pelaksanaan satu Kenaikan Gaji Tahunan kepada penjawat awam pada tanggal 1 Jul 2016, spt yg dijanjikan dlm Bajet 2016


- Kerajaan beri jaminan & komited terhadap ehwal pendidikan & masa dpn anak-anak. Kerajaan setuju teruskan 4 program tajaan JPA bg 2016 seperti berikut:


- Program Biasiswa Nasional bagi 20 org pelajar terbaik lepasan SPM, untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka seluruh dunia


- Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.


- Program Lepasan Bursary bagi 744 pelajar untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di universiti awam & IPTS dalam negara


- Pengambilan baru seramai 8,000 pelajar akan diberi biasiswa untuk ikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama dlm negara


- Peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak RM5billion akan terus disalurkan kepada para mahasiswa


- Bagi pastikan pelaburan modal insan dipergiat, Program MyBrain15, Skim Latihan Akademik Bumiputra & Skim Latihan Akademik IPTA diteruskan


- Kerajaan menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2016 kpd 4-4.5% & andaian purata harga minyak mentah Brent pula pd AS$30-35 setong


- Kerajaan tetap komited mengekalkan langkah konsolidasi fiskal bagi tahun 2016, iaitu untuk mencapai sasaran 3.1 peratus kepada KDNK


- Kadar hutang negara akan terus berkurang & tidak melebihi paras 55% kepada KDNK. Kerajaan tidak akan kenakan kawalan modal & tambatan ringgit 


- Projek utama MRT & LRT, Lebuhraya Pan-Borneo, Malaysian Vision Valley, Cyber City Cnter, RAPID Pengerang & High-Speed Rail diteruskan


- Kerajaan terus laksana pembinaan 10 UTC di Labuan, Sg Petani, Miri, Sibu, Kota Bharu, K.Terengganu, Tawau, Keningau, Seremban & Kangar - CARI Infonet


----------

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 yang berasaskan situasi sebenar ekonomi semasa, tengah hari ini.


Bagaimanapun, Bajet 2016 yang telah diubahsuai katakan tidak akan menjejaskan rakyat.

Sebaliknya kerajaan akan mengoptimumkan perbelanjaan, menetapkan semua keutamaan projek dan menangguhkan sebahagian perbelanjaan pembangunan. 

"Tahun 2016 akan menjadi tahun yang mencabar dan kita perlu menguruskan sumber kita dengan cekap dan pada tahap optimum. 

"Kita perlu bersedia dan melaksanakan kaedah terbaik bagi memastikan ekonomi kita kekal mampan," kata Perdana Menteri. - CARI Infonet


Baca selanjutnya: Berita Harian

(Sumber foto: Sinar Harian)

15

Bagus
32

Marah
17

Terkejut
26

Sedih
21

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (145 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluehedgehog 28-1-2016 11:38 AM
Quote sofiazara 28-1-2016 01:25 PM
ok rasanya tak byk perubahan. aku tgk tadi
Quote sofiazara 28-1-2016 01:26 PM
org miskin dpt beras free 20kg sebulan
Quote sukacactus 28-1-2016 01:36 PM
Reporter cari ni selalu lambat setapak...bkn thread dah ada ke
Quote tucenmeow 28-1-2016 01:51 PM
sofiazara replied at 28-1-2016 01:26 PM
org miskin dpt beras free 20kg sebulan

ada ke dia bg tau definisi miskin tu?
Quote sofiazara 28-1-2016 01:52 PM
tucenmeow replied at 28-1-2016 05:51 AM
ada ke dia bg tau definisi miskin tu?

miskin tegar. tahle. mcm xde. mungkin ada kat kpwkm
Quote sapp73 28-1-2016 01:54 PM
tak layak dapat perlepasan
Quote bluehedgehog 28-1-2016 01:59 PM
sukacactus replied at 28-1-2016 01:36 PM
Reporter cari ni selalu lambat setapak...bkn thread dah ada ke

tp tered ni at least semua maklumat di post pertama..bukan cm lain...
Quote pichee 28-1-2016 02:10 PM
ape releven gomen kurangkan 3% caruman yea..so kte akan ade lebih duit la utk gaji kan...
Quote sapp73 28-1-2016 02:15 PM
pichee replied at 28-1-2016 02:10 PM
ape releven gomen kurangkan 3% caruman yea..so kte akan ade lebih duit la utk gaji kan...

nak galakkan rakyat berbelanja...in return, kerajaan dapat collect GST...rasanyalah

Quote MeghanK 28-1-2016 02:17 PM
guna shortform tulis artikel nice
Quote pichee 28-1-2016 02:19 PM
sapp73 replied at 28-1-2016 02:15 PM
nak galakkan rakyat berbelanja...in return, kerajaan dapat collect GST...rasanyalah

owh...bahaya la klu kte jns yg kuat belanja...kne saving mcm biase la ni...
Quote Modngengade 28-1-2016 02:27 PM
sapp73 replied at 28-1-2016 05:54 AM
tak layak dapat perlepasan

iyolah....kakak pun tk lyk dpt pelepasan

Quote Deemok 28-1-2016 02:27 PM
pichee replied at 28-1-2016 02:10 PM
ape releven gomen kurangkan 3% caruman yea..so kte akan ade lebih duit la utk gaji kan...

aku xnampak relevan nya...KWSP adalah saving utk kita... kalo dikurangkan maka kuranglah saving kita...
Quote harimau76 28-1-2016 02:31 PM
I agak ok dgn amended budget ni.. golongan m40 byk jugak dpt kelebihan.. so, utk projek perumahan baru bawah RM300k, hanya utk pembeli rumah pertama ja... tak leh la set2 celaka spekulator borong kat dorang jah.. individual income tax relief up till 2k for 2015.. beras utk yg miskin tegar.. 20kg tu.. takdak duit pun, lepas la jugak makan nasik.. budget utk education.. Overall, I am ok wz this amendments.
Quote stanum 28-1-2016 02:33 PM
Yang 8K tu dia kira as gaji kasar or nett gaji selepas EPF, Socso dan Zakat? Kalau kasar, xlayak, tapi nett alhamdulillah lepas.
Quote mdhelmi 28-1-2016 02:33 PM
no (8) aku mcm ragu2
Quote cmf_conan 28-1-2016 02:38 PM
pichee replied at 28-1-2016 02:10 PM
ape releven gomen kurangkan 3% caruman yea..so kte akan ade lebih duit la utk gaji kan...

boleh la kutip income lebey tax sikit.. bukan gitu ke?
Quote spiderman80 28-1-2016 02:40 PM
Berharap kerajaan minta sesiapa yang mahu mencarum lebih rendah dalam KWSP supaya buat pemohonan. Jangan minta mereka yang mahu kekalkan caruman biasa yang kena buat pemohonan macam dulu. Menyusahkan orang saja.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.061093 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top