Oleh Izzah Abbasy
Klik Untuk Tonton Video Pemandu bas ekspres naik angin bertindak memukul dua penumpang kerana mereka telah tidur di kerusi rehatnya semasa dalam perjalanan pulang ke Melaka dari Pulau Pinang. Paparan skrin dari video yang dirakam oleh salah seorang penumpang yang berada di dalam bas di mana mangsa dilihat dipukul dengan selipar oleh pemandu bas. “Jangan campur ah, lu orang jangan ganggu saya ah… tak puas hati cakap sama saya ah, itu saya punya tempat tidur tau. “Saya hantam betul-betul lu tau ah? Tada otak ka tempat tidur saya mau masuk?” kata pemandu bas berkenaan. Kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri upacara keagamaan sempena Thaipusam di Kuil Arulmigu Balathandayuthapani di Pulau Pinang. Dua mangsa yang berumur 35 dan 41 tahun itu telah dipukul beberapa kali dengan selipar, malah ditampar serta ditendang oleh pemandu bas terbabit. Ketika dalam perjalanan, dia juga menggunakan bahasa yang kasar untuk memarahi mereka di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Kedua-dua warga asing itu, yang merupakan pekerja sebuah restoran di sini, telah menemani seorang ahli perniagaan tempatan untuk meraikan Thaipusam di Pulau Pinang. Ahli perniagaan berusia 57 tahun itu berkata, pemandu itu sangat agresif dan sanggup berhenti tiga kali di lebuh raya untuk memukul dua mangsa. "Dia juga menyerang saya apabila saya menyuruhnya berhenti memukul pekerja saya. Dia hanya berhenti apabila saya memberikan RM50 kepadanya. "Kami semua berasa malu sepanjang dalam perjalanan dengan kekasaran dan kebiadabannya tetapi berdiam diri kerana dia adalah seorang pembuli," katanya sambil menambah bas itu penuh dengan penumpang. Ahli perniagaan itu yang juga tidak mahu dikenali berkata pemandu itu berhenti di kompleks bas Terminal One Seremban dan memaksa mereka keluar dari bas. - CARI Infonet Kredit : mStars
|
24
Bagus |
17
Marah |
13
Terkejut |
9
Sedih |
20
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kumen2 replied at 29-1-2016 12:30 PM
sama mcm aq dulu,, ada la penumpang tu dia beli burger mcd... phm jer la. air cond boleh bau satu b ...
jazaa100 replied at 29-1-2016 05:03 PM
smlm aku naik lrt....
ada pompun gomok mkn waffle dlm lrt....aku ni tengah pening, rasa nak mun ...
mrseller replied at 1-2-2016 08:44 AM
Aki teringat time naik bas dulu..meraba amoi sebelah..bestnyaaaa
ADVERTISEMENT