CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Lelaki serang Ariana Grande bangga dibebaskan, dah banyak kali buat kecoh ‘terjah’ artis terkenal

14-11-2025 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 728| Komen: 10

 


INSIDEN penyanyi dan pelakon Ariana Grande diserang oleh seorang lelaki ketika majlis tayangan filem Wicked: For Good di Singapura pada Khamis menjadi bualan ramai, termasuk luahan kurang senang terhadap tindakan sebegitu.

Biarpun berdepan kecaman teruk, lelaki yang dikenali sebagai Johnson Wen itu bagaimanapun dengan rasa bangga berkongsi bahawa dia kini dibebaskan selepas melakukan kekecohan pada acara berkenaan.

“Saya bebas secepat ditahan,” tulisnya di Instastory berserta video seakan-akan tidak menunjukkan rasa bersalah.

Malah Johnson juga sebelum itu memuat naik sendiri rakaman dia secara sengaja menyerang Ariana yang sedang berjalan di acara karpet merah filem berkenaan bersama barisan pelakon lain.

Menerusi hantaran berkenaan, dia sendiri mengucapkan “terima kasih” kepada pelakon utama filem itu kerana didakwa membenarkan tindakan luar kawalan tersebut.


“Wahai Ariana Grande, terima kasih kerana beri peluang kepada saya menderu masuk ke karpet merah bersamamu,” ujarnya.

Perkongsian tersebut pastinya menimbulkan rasa marah dalam kalangan peminat yang risau akan keselamatan Ariana.

Malah ada juga yang bengang kerana Johnson telah mencemarkan kemeriahan majlis berkenaan.

 

Lebih mengejutkan lagi, ini bukan pertama kali dia melakukan tindakan luar kawalan terhadap artis terkenal.

Jun lalu, dia melakukan perkara sama apabila secara tiba-tiba naik ke atas pentas dalam konsert penyanyi Katy Perry di Sydney, Australia.

Tahun lalu pula, dia pernah dikenakan bayaran denda gara-gara menyerang konsert The Weeknd.

Malah Johnson juga pernah membuat kecoh di Sukan Olimpik Paris 2024 ketika acara 100 meter lelaki.

Menerusi pemehatian, Johson sengaja menjadikan tindakannya itu sebagai satu kandungan di media sosial untuk menarik perhatian ramai. 

Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 15-11-2025 05:06 AM
nasib pantas cynthia tu tarik ariana
Quote JahLupa 15-11-2025 10:22 AM
Mamat ni dah patutnya kena banned. Semua tempat dia buat kacau. Mental. Ada pulak kawan tukang rekod dia punya perangai mental tu.
Quote sambaldurian 17-11-2025 10:28 PM
Mental ke, poyo ke,  sengaja debut org menyampah ke, tp aku pelik cmne la org camni mampu travel oversea, anak org kaya ke. ( tp mmg ada feeling annoying jgk la tgk dia terkinja2)
Quote IzzahF 19-11-2025 08:18 AM
chinese pilipine, igtkan omputeh


beria nk tunjuk peghak hulu dia tu
Quote BungaKencana 19-11-2025 09:25 AM
Ariana da pecat bodigad dia, dah filekan report utk TT banned acc mamat ni.. Cynthia pun da hire lawyer utk dakwa mamat ni.. harap ddk dalam lama sikit
Quote alesandra 19-11-2025 11:48 AM
Wicked press tour ni pun mengundang  hencapan.creepy je 2 ekor tu.org kapir pun ada moral values
Quote TopPR 19-11-2025 05:28 PM
Perbuatan macam ni tak boleh dipandang ringan. Ini bukan “konten”, bukan “gurauan”, tapi satu tindakan yang jelas mengancam keselamatan orang lain. Ariana atau sesiapa saja tak kira selebriti atau orang biasa — berhak rasa selamat di ruang awam. Lebih memalukan bila pelaku siap bangga dan buat macam tiada apa berlaku.
Kita sebagai masyarakat kena tegas: tindakan sebegini perlu dikenakan hukuman setimpal, bukan dilepas mudah sampai orang lain rasa boleh ulang benda sama. Hari ini Ariana, esok mungkin orang biasa yang jadi mangsa.
Keselamatan bukan bahan mainan. Keadilan perlu ditegakkan.

Quote Page88 14-12-2025 09:40 PM
People like him should be jailed forever.
Quote Jamalulail 19-12-2025 09:52 AM
mcm mcm skrg karenah manusia
Quote ZORRO5555 2-1-2026 08:04 PM
Kes sakit mental ke

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.230373 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top