CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman ke tapak baharu diluluskan - Hannah Yeoh

20-1-2026 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 313| Komen: 1

 



KUALA LUMPUR: Pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman ke tapak baharu yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi asal telah diluluskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, kelulusan berkaitan tapak baharu itu diselesaikan termasuk kelulusan pelan bangunan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada September lalu serta pewartaan tapak sebagai rumah ibadat bukan Islam pada Disember.

Menurutnya, kebenaran membina bangunan di atas tanah berkenaan pula telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Januari lalu.

“Hari ini kita sahkan bahawa lokasi baharu sudah disediakan oleh kerajaan dan semua kelulusan sudah diberikan.

“Tapak baharu ini sangat hampir dengan lokasi asal, hanya dalam jarak berjalan kaki kira-kira 100 meter, bagi memudahkan penganut untuk terus beribadat tanpa perlu berpindah jauh,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Menteri Wilayah Persekutuan bersama Ahli-Ahli Parlimen Kuala Lumpur di Menara DBKL, di sini, hari ini.

Hannah berkata, perbincangan awal antara kerajaan dan pihak pengurusan kuil telah diadakan, termasuk lawatan ke tapak baharu, dan kini tumpuan diberikan kepada penyelarasan proses pemindahan serta penetapan masa yang sesuai memandangkan ia melibatkan upacara keagamaan.

“Kita kini memberi tumpuan kepada penyelarasan proses pemindahan serta penetapan masa yang sesuai kerana ia melibatkan urusan keagamaan.

“Perbincangan akan diteruskan secara berkala selepas Thaipusam bagi memastikan semuanya dapat diselesaikan secara harmoni,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif atas usaha mereka menyelaraskan penyediaan tapak baharu kuil berkenaan dengan cekap dan pantas.

Sumber : Buletin TV3


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote STONER 20-1-2026 11:51 AM
tak settle2 lagi bukan dari tahun lepas dah disuruh pindah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.029749 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top