|
Selangor mencatat pencapaian besar dalam pengurusan bekalan air apabila tiada gangguan air besar direkodkan sepanjang tahun 2025, khususnya yang berpunca daripada pencemaran sumber air mentah. Kejayaan ini hasil pelaksanaan berkesan Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) yang mula dilaksanakan sejak 2021. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata pencapaian itu membuktikan keupayaan Kerajaan Negeri memastikan bekalan air bersih dan stabil kepada rakyat walaupun berdepan risiko pencemaran sungai yang sebelum ini sering menyebabkan gangguan berskala besar. Menurut beliau, sepanjang 2025 tiada henti tugas loji rawatan air (LRA) akibat pencemaran direkodkan hasil pemantauan rapi, penguatkuasaan berterusan serta tindakan pantas oleh agensi berkaitan. Keadaan ini memastikan operasi loji rawatan air dapat diteruskan tanpa menjejaskan pengguna. Loading FB Post...
“Alhamdulillah, kejayaan sepanjang 2025 ini membuktikan iltizam Kerajaan Negeri mengurus Selangor secara berhemah, stabil dan berteraskan kepentingan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook. SJAM diwujudkan sebagai langkah strategik bagi mengatasi isu pencemaran sungai yang sebelum ini memaksa loji rawatan air dihentikan sementara kerana air mentah tidak sesuai dirawat. Melalui skim ini sumber air alternatif dapat disalurkan ke loji rawatan sekaligus membolehkan operasi diteruskan walaupun berlaku pencemaran. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Dato’ Johary Anuar memaklumkan SJAM Fasa 1 yang siap sepenuhnya pada Mei tahun lalu berjaya mengelakkan gangguan bekalan air dalam tiga insiden pencemaran yang dikesan pada 5 Julai, 15 Julai dan 28 Julai. Menurutnya, kesiapsiagaan empat pakej skim SJAM memastikan pengguna terus menerima bekalan air bersih tanpa gangguan. Kejayaan ini selari dengan sasaran Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk menjamin bekalan air 24 jam kepada penduduk, sekali gus membuktikan kecekapan sistem pengurusan air negeri dalam menghadapi cabaran pencemaran. Sumber : Rotikaya |

prettyuglybabe replied at 21-1-2026 12:20 PM
i can confirm ini..
yang i perasan, sejak non naik, takde lagi masalah air kat tempat i..
kecuali ya ...
ADVERTISEMENT