|
KEMAMAN – Gara-gara gagal mengelak seekor tapir yang dikatakan tiba-tiba melintas jalan, seorang juru perancah tapak pembinaan maut kemalangan di Kilometer (KM) 320.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kerteh, di sini, hari ini. Dalam kemalangan pada pukul 1 pagi itu, mangsa, Iffil Nazwa Aziman, 24, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 maut akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan. Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pinang Baru, Dungun selepas makan di sebuah kedai di Kerteh di sini. “Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha Y15 ditunggangi mangsa dikatakan gagal mengelak tapir seberat 200 kilogram sebelum melanggar haiwan itu sehingga mati. “Impak rempuhan itu juga menyebabkan mangsa terjatuh di atas lebuh raya sebelum dipercayai digilis sebuah kenderaan lain yang masih belum dikenalpasti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
zuuu replied at 26-1-2026 01:07 PM
Ye dua2 mati
Al fatihah
sharlenetexas replied at 26-1-2026 05:23 PM
Die young
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.031409 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.