|
Terasa dengan hantaran pelakon Janna Nick didakwa menyindir situasi panas sengketanya bersama Mia Sara, bintang muda, Puteri Balqis tidak berdiam diri sebaliknya menyuarakan kenyataan berani berhubung kecaman dan hinaan orang sekeliling yang pastinya meninggalkan impak emosi cukup mendalam terhadap seseorang. Mengeluarkan paku buah keras, Puteri Balqis, 19, secara terang-terangan memetik nama bekas pengacara Melodi itu dan menyeru semua pihak memahami implikasi emosi di sebalik kata-kata yang dilontarkan terutama apabila melibatkan maruah seseorang. “Kalau saya makikan akak Janna hari ini 20 kali, kakak boleh lepaskan saya tak? Boleh ‘move on’? “Jawapannya tidak sebab kakak ada maruah yang perlu dipertahankan dan yang pastinya makian saya akan segar dalam ingatan kakak. “Kakak akan teringat wajah Megan Fox saya, badan ala-ala ‘cutting’ model, senyuman manja dan gigitan bibir seksi saya,” katanya dalam hantaran InstaStory.
Puteri Balqis atau mesra dipanggil Aqish turut menyindir Janna menggunakan platform miliknya untuk terus memerli dirinya dan ibunya. “Kakak akan perli saya dan ibu saya dalam siaran langsung, rancangan-rancangan bodoh yang akak ada, di majlis-majlis selebriti tak berbayar satu sen pun dan di semua platfrom kakak. “Rakan-rakan artis kakak akan komen ‘Saya sayang awak Janna!’, ‘Kekal kuat Janna!’, Kami kenal awak sangat! ‘Go’ Janna!’. “Akak boleh muat naik dalam Threads dan beritahu sekalian alam betapa biadabnya saya pada senior ‘wannabe’ seperti akak yang tikam kami dari belakang,” katanya lagi. Sebelum ini, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner memuat naik hantaran dalam Threads berkaitan melepaskan dan tidak menyimpan dendam terhadap seseorang. Bagaimanapun, Janna tidak menyebut nama mana-mana pihak berhubunga hantaran tersebut. Sejak semalam media sosial panas sebaik Puteri Balqis menyeru pelakon Mia Sara menyelesaikan isu antara mereka selepas wanita berusia 20 tahun itu didakwa turut pernah memalukan ibunya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
lanacondor replied at 25-1-2026 06:22 AM
Mcm ni punya attitude dik xlama lah ko dlm industri. Cari pasal dgn semua org. Snobbish

dua_chzy replied at 25-1-2026 02:30 PM
Janna yang dulu petik nama dia kan? Suruh dia move on maafkan Mia.
tumpanglalu74 replied at 25-1-2026 07:41 AM
Mana ade budak Mia tu maki dia?? Pade aku yang dia cakap tu pon dah habes rasional dah pon.

dua_chzy replied at 25-1-2026 03:47 PM
Dia ingat la tu apa yang jadik blakang pintu.
tumpanglalu74 replied at 25-1-2026 07:56 AM
Aku dah research dah sejarah silam depe tu. Betol la yang budak Mia tu cakap tu. Pastu ko ingat ...
dua_chzy replied at 25-1-2026 03:59 PM
Tu yang si PB ni kata karmah kat kau bila si Mia ni nangis2 kata tadak orang nak offer dia berlako ...
tumpanglalu74 replied at 25-1-2026 08:08 AM
Aku at 1st juz bace je kes dorang gadoh ni sis. Lantak la Gen Z sama Gen Z. Nak klabing, mabok k ...

dua_chzy replied at 25-1-2026 04:13 PM
Janna selayaknya dikaliamakkan. Dia pun banyak cari pasal dengan artis yang tak kacau dia. Siap aj ...
.sedangkan micheal ang yang pegi menyampai kt jannadua_chzy replied at 25-1-2026 04:13 PM
Janna selayaknya dikaliamakkan. Dia pun banyak cari pasal dengan artis yang tak kacau dia. Siap aj ...
. 







ADVERTISEMENT