|
Pelakon Janna Nick menitipkan doa buat mereka yang membesar dalam keluarga berantakan atau broken home agar diberikan kebahagiaan. Menerusi hantaran di Insta Story, Janna turut berharap agar segala trauma yang dilalui oleh mereka ketika waktu kecil diberi kesembuhan. “Saya doakan juga, semoga semua anak anak broken home agar diberikan kebahagiaan. Semoga segala trauma yang kalian hadapi masa kecil akan sembuh,” tulisnya. Sementara itu, Janna turut berkata dia juga berasal dari latar belakang yang sama dan bangkit untuk ibu serta adik-adiknya. “Ikhlas dari Anak broken home. Juga tiada bapa. Juga ikhlas mencari rezeki demi emak dan adik-adik yang masih bersekolah,” tulisnya. Sumber: Rotikaya
|
ADVERTISEMENT