|
"Sejujurnya, menjadi bintang cilik yang bermula terlalu awal, apatah lagi membesar di mata umum, seseorang itu sebenarnya kehilangan peluang untuk menjalani proses pembesaran yang normal."
Demikian pendedahan penyanyi, Shila Amzah mengenai realiti pahit dan cabaran mental yang terpaksa dilalui oleh individu yang memulakan kerjaya seni sejak usia kanak-kanak. Shila, 35, mengakui pengalaman itu memberi kesan mendalam terhadap perkembangan mental dan fizikalnya sehingga dia sendiri pernah mendapatkan bantuan pakar. Menurut penyanyi lagu Patah Seribu ini, peralihan fasa kehidupan daripada seorang bintang cilik kepada dewasa bukanlah satu perjalanan yang mudah jika tidak disertakan dengan sistem sokongan yang betul. "Perkara ini memberi kesan besar dari segi mental dan fizikal. Saya sendiri pernah mendapatkan rawatan dan berjumpa dengan doktor untuk perkara ini. "Jika sokongan yang diberikan hanya tertumpu kepada kerjaya semata-mata, peralihan itu akan menjadi sangat sukar buat mereka," katanya. Mengulas lanjut, isteri kepada pempengaruh Ubai ini menjelaskan bahawa masyarakat sering mempunyai persepsi salah terhadap bintang cilik yang sedang meningkat remaja. "Apabila seseorang bintang cilik itu mencapai usia sekitar 18 atau 19 tahun, mereka sering dianggap lebih matang berbanding rakan sebaya. "Hakikatnya, apabila zaman kanak-kanak mereka 'diragut' lebih awal, kesannya pasti akan mengganggu kesihatan mental," katanya. Atas dasar pengalaman sendiri, Shila secara terbuka menyatakan dia tidak menggalakkan kanak-kanak untuk terjun ke dalam industri hiburan pada usia terlalu muda. "Dalam usia yang masih muda, perkara kecil boleh menjadi beban emosi yang berat, sukar membezakan antara betul dan salah kerana terlalu mengikut telunjuk pihak lain dan cenderung mengalami tekanan akibat jangkaan melampau daripada umum," katanya. Terbaharu, Shila bakal mengadakan Konsert 25 Tahun Shila Amzah yang akan berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada 9 Mei depan. Sumber : Harian Metro
|
DeLuna85 replied at 28-1-2026 08:47 PM
Kalau chill2 je tak boleh ka. Kena dera ke dia ni masa kecil. Ke di paksa bekerja.
DeLuna85 replied at 29-1-2026 02:47 PM
Kalau chill2 je tak boleh ka. Kena dera ke dia ni masa kecil. Ke di paksa bekerja.
prince_marhaen replied at 29-1-2026 03:06 PM
Ikut cerita kat podcast2, dia diperah habis-habisan, bukan cari duit untuk diri sendiri, tapi untu ...
hasniey replied at 29-1-2026 03:19 PM
Kene kerah kerja dr kecik smpai tua.kesian shila ni.dlm hidup dia semua hauk.xde yg meringankan be ...

anarina replied at 28-1-2026 09:55 PM
Sapa ex laki bewak nya tu dia kenal mcm mana? Mohon suapin
prince_marhaen replied at 29-1-2026 03:06 PM
Ikut cerita kat podcast2, dia diperah habis-habisan, bukan cari duit untuk diri sendiri, tapi untu ...
prince_marhaen replied at 29-1-2026 04:04 PM
Haris kot nama dia, anak kenalan/jiran family Shila, kira mak pak kenen2kan.
Besar & lahir oversea ...
los tu bewak abis. Dgn Ubai walau heshe biasa2 je tp she happyanarina replied at 29-1-2026 05:32 PM
Lahh dia ni pun mmg jenis anak ikut kata bethol, i mean ko sebagai retisss byk choice kot, yg tu j ...

prince_marhaen replied at 29-1-2026 03:06 PM
Ikut cerita kat podcast2, dia diperah habis-habisan, bukan cari duit untuk diri sendiri, tapi untu ...
DeLuna85 replied at 29-1-2026 02:47 PM
Kalau chill2 je tak boleh ka. Kena dera ke dia ni masa kecil. Ke di paksa bekerja.
prince_marhaen replied at 29-1-2026 04:04 PM
Haris kot nama dia, anak kenalan/jiran family Shila, kira mak pak kenen2kan.
Besar & lahir oversea ...
ragazza replied at 29-1-2026 09:50 AM
Dia dah dididik dari kecik kena taat kat manager tak berbelah bagi #ytjt
Dah kena brainwash macam ...
ninja boy replied at 29-1-2026 07:07 PM
Zaman kanak2 lagu mari berdansa rasanya lagu x byk mana biasa2 ja, kalau compare artis lain feminin ...
prince_marhaen replied at 29-1-2026 03:06 PM
Ikut cerita kat podcast2, dia diperah habis-habisan, bukan cari duit untuk diri sendiri, tapi untu ...
ADVERTISEMENT