CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Anak Saya Dicerca, Dikecam…Kalau Saya Tak Pertahankan Siapa Lagi…” - Fazura

2-2-2026 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32777| Komen: 25

 


Pelakon Nur Fazura meluahkan rasa kecewa anak perempuannya, Nur Fatima Aisya sering menjadi sasaran kecaman netizen sejak dilahirkan lagi.

Memetik Astro Gempak, Fazura berkata anaknya turut dikecam kerana tidak pandai menyebut namanya sendiri ketika kecil dan sebagai ibu sudah pasti dia terluka.

“Sebenarnya perkara ini berlaku sudah lama. Sejak Fatima lahir lagi dia sudah dicerca dan dikecam.

“Waktu dia kecil dia tak pandai nak sebut nama dia. Jadi dia sebut Nyamma. Tapi orang ejek nama dia (dengan panggilan macam-macam),” katanya.

Sementara itu, Fazura turut kesal apabila ada yang mengatakan anaknya ‘menyemak’ ketika berada di satu majlis dan sudah pasti dia akan pertahankan anaknya.

“Itu belum lagi orang cakap dia menyemak, tak patut berada di situasi tertentulah. Sedangkan saya dah beri kebenaran untuk dia berada di majlis itu.

“Sebagai ibu saya rasa marah dan terluka. Jadi saya pertahankan anak saya. Kalau saya tak pertahankan anak saya, siapa lagi yang nak buat macam tu.

“Nanti bila dia dah besar dia akan tengok siapa yang pertahankan dia,” katanya.

Sumber: Astro Gempak, Rotikaya

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ihtisyam1 2-2-2026 09:35 AM
Naluri seorang ibu... semoga fazura dan fatima sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah
Quote Bedak_Carrie 2-2-2026 09:37 AM
Sebagai mana anak kak faz di kecam di hina.. Sebegitu jugak lah bini baru ex laki tu dikecam di hina....
Para pemenat2 kipas mati 2 x 5 je... penat betul
Quote DeLuna85 2-2-2026 09:47 AM
Yelah. Nak bapak dia pertahankan dia mana mungkin.
Quote Incanto 2-2-2026 10:03 AM
Bedak_Carrie replied at 2-2-2026 09:37 AM
Sebagai mana anak kak faz di kecam di hina.. Sebegitu jugak lah bini baru ex laki tu dikecam di hina ...

bini baru dah tua boleh pertahankan diri sendiri, dia boleh suruh org jumpa dia di padang mahsyar

nyama budak kecik....anak yg perlu protection org tua


Quote Bedak_Carrie 2-2-2026 03:11 PM
Incanto replied at 2-2-2026 10:03 AM
bini baru dah tua boleh pertahankan diri sendiri, dia boleh suruh org jumpa dia di padang mahsyar

...

I'm talking pasal para pemenat2... Dia org tu elok2 je.
Yg merepek2 is para pemenat2 mengata sana sini.
Quote sharlenetexas 2-2-2026 03:22 PM
Dengan budak2 pun nak buat kira. Sama jugaklah yg duk menggelar panggil macam2 kat anak jahlop. Masa tu dia baby lagi. Takde pulak yg rasa bersalah.


Quote Tinot7 2-2-2026 04:04 PM
sharlenetexas replied at 2-2-2026 03:22 PM
Dengan budak2 pun nak buat kira. Sama jugaklah yg duk menggelar panggil macam2 kat anak jahlop. Masa ...

Sbb tu muka deme kena kaver masa kecik..
Quote MatDeghem 2-2-2026 04:19 PM
Bedak_Carrie replied at 2-2-2026 09:37 AM
Sebagai mana anak kak faz di kecam di hina.. Sebegitu jugak lah bini baru ex laki tu dikecam di hina ...

bukan aje isteri syurga ex laki kena kecam....semua retis pun kena kecam.  
tapi kamu bandingkan dan justify..... orang tua dgn budak kecik. bagus lah kamu.

#keledeks


Quote Bedak_Carrie 2-2-2026 08:02 PM
MatDeghem replied at 2-2-2026 04:19 PM
bukan aje isteri syurga ex laki kena kecam....semua retis pun kena kecam.  
tapi kamu bandingkan d ...

Kalau org x sependapat dgn dia, terus melebel2...
Sama je kaki label.
Quote Orenn1 2-2-2026 09:49 PM
Muka sawah padi kampong dot com
Quote ZORRO5555 3-2-2026 12:01 AM
Moga Faz terus kuat..
Quote sweetfasha 3-2-2026 08:09 AM
cakap pasal anak, dah muka queen  pulak kena kecam.. keledek kehausan bitamin ke ni?

pas tu kait pulok dengan anak jah lop... ya ampunnnnnn

mommy cakap dia pertahankan fatima dari kena kutuk sebab itu anak dia, kalau dia tak buat macam tu, siapa lagi.. tu pun keledek susah nak paham ke?

hidup keledek ni memang sentiasa nak mengata mengutuk mengecam fazura dan fatima je ke? ingat idolat syurga pesan tu.. jumpa di padang masyar... Ingat tu
Quote greydove 3-2-2026 08:55 AM
neelofa nampak educated nyer, nampaklah jugak perubahan dia sejak berhijrah, syukur ada pak ustaz behind the sceen. Fattah ekceli beruntung banyak dipertemukan dgn pempuan2 lawa, berharta dan jugak berusia

part barua tu memang ramai ke haters  yg ngata gitu?...sori lah x berapa pasan pulak, yg selalu jumpa org kata mak tiri dia pemain rugby, gigi jongang, buwuk, badan gelebeh anak 3... nampaknya kena selak kamus pulak atau tanya chatgpt what's the meaning of barua sebab nak memahamkan. yang banyak aku jumpa org kata nyama comel, nyama pandai, nyama good good sajer hasil didikan mami dia.
Quote nisako 3-2-2026 01:44 PM
sian fatima
Quote sharlenetexas 3-2-2026 01:49 PM
Tinot7 replied at 2-2-2026 04:04 PM
Sbb tu muka deme kena kaver masa kecik..

Tapi mereka membuli gelar nama macam2 tapi takde rasa bersalah pun. Dengan bilal pun dia buli.


Quote muqrisz 3-2-2026 03:38 PM
Incanto replied at 2-2-2026 10:03 AM
bini baru dah tua boleh pertahankan diri sendiri, dia boleh suruh org jumpa dia di padang mahsyar

...

bijakkkkkkkkkkkkkk..
Quote cha-cha 3-2-2026 03:45 PM
Memang jahat mulut. Lara kecik dulu pun kena kutuk dgn geng² mulut celaka. Gila! Dgn budak kecik pun nak gaduh. Dah sama perangai mcm pedo
Quote pocongkiutss 3-2-2026 04:08 PM
Bilal anak jahlop tu dulu pun sama asik kena cerca khen

Sebenarnya better takyah post..ko post buh sticker pun menambah kecaman jugek
Quote pocongkiutss 3-2-2026 04:11 PM
Bedak_Carrie replied at 2-2-2026 09:37 AM
Sebagai mana anak kak faz di kecam di hina.. Sebegitu jugak lah bini baru ex laki tu dikecam di hina ...

Khen chuols

Kalau tak pueh ati juga yela tak sama level sbb sorg org tua katanyeh kan..si billy anak jahlop lg macam2 kena dolu..hahah..anak retis sapa jah yg tak kena hina? Anak erra yg tertib pandai tu punnn kena jugak..kalau nk jaga mental better jgn post kt socmed sebenarnya

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.229204 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top