CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke

4-2-2026 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14352| Komen: 2

 



Putrajaya: Kementerian Pengangkutan (MOT) mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membatalkan serta-merta Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) seorang pemandu e-hailing yang terlibat dalam insiden gangguan seksual terhadap penumpang di Johor.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata susulan tindakan pembatalan itu pemandu terbabit tidak boleh berkhidmat sebagai pemandu di semua platform e-hailing.

"MOT tidak akan bertoleransi dengan sebarang tingkah laku yang mengganggu gugat keselamatan penumpang dan bersedia untuk menyokong mangsa dalam memastikan tindakan polis diambil terhadap pihak pelaku," katanya dalam kenyataan hari ini.

Loke berkata MOT melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan memanggil semua pengendali e-hailing termasuk Grab untuk membentangkan pelan tindakan penambahbaikan bagi keselamatan penumpang.

Media baru-baru ini melaporkan polis sedang mengenal pasti pemandu e-hailing yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang penumpang wanita di Johor Bahru susulan satu video yang tular di media sosial sejak Ahad lepas.

Video tular berkenaan dipercayai dirakam oleh penumpang wanita terbabit sehingga latar belakang pemandu itu tular di laman sosial.

Sumber: Harian Metro
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 4-2-2026 07:14 PM
video tular? nak tengok please
Quote gangerina 6-2-2026 07:27 PM
actually mmg banyak kes cuma unreported...ni yg iols dibgtau masa ada buat program women safety a few year back... yg verbal especially, termasuklah harass pakai WA sbb phone number customer kan terus dpt kat driver...dulu2 masa time call centre pakai phone takde kes2 mcm ni sbb number customer operator yg handle bukan dpt direct kat driver...tp tu lah teknologi yg canggih ni ada juga lah kelemahan...kalau betul2 semua mngsa buat report mau ke mariana trench gergasi hijau tu...gomen kena make it easy to file report ni, and tak kisah how minor the case kena amik juga sbb benda2 mcm ni dia start skit2 lama jadi parah sbb takde tindakan apa2, so driver jadi berani nak take the next step....

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.855726 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top