Oleh : TS LOO Iklan Petronas sempena perayaan sering ditunggu-tunggu dan mendapat pujiaan masyarakat umum.
Untuk Tahun Baru Cina yang bakal tiba tiga hari lagi, iklan yang diterbitkan oleh Petronas sekali lagi tidak mengecewakan para penonton. Semalam, secara rasmi iklan Petronas sempena Tahun Monyet yang berjudul < Rubber Boy> telah ditayangkan kepada umum. Biarpun dalam iklan tersebut tidak kelihatan suasana kemeriahan tahun baru, namun jalan ceritanya sangat menyentuh hati.
Iklan tersebut mengisahkan seorang budak Cina bernama Ah Fook yang hidup bersama ibu yang bekerja sebagai seorang penoreh getah. Oleh kerana keluarganya miskin, dia merasa malu bila berada di kalangan rakan sekolah. Bukan sahaja sering dibuli oleh segelintir murid yang nakal, malah dipanggil sebagai "Budak Getah", akibatnya dia telah bergaduh dengan kumpulan murid nakal terbabit. Ah Fook turut bertengkar dengan ibunya ketika pulang ke rumah, dia menyalahkan ibunya yang tidak pandai mencari duit sehingga dia dihina oleh rakan di sekolahnya. Selain itu, akibat geram dengan ibunya, dia berjanji dengan ibunya untuk keluar bersama pergi menoreh getah semata-mata untuk menunjukkan dia juga mampu mencari wang untuk keluarganya. Tetapi, ketika berada di ladang getah, baru Ah Fook sedar kerja menoreh getah bukan semudah seperti mana yang selama ini disangkakan, namun ibunya tetap melakukannya tanpa kesal dan mengeluh, pengorbanan ibunya selama ini semata-mata adalah demi kebahagiaannya Ah Fook turut sedar kekayaan tidak semestinya membawa kebahagiaan. Walaupun keluarganya miskin, tetapi apa yang penting seseorang itu harus rasa bersyukur dengan apa yang dimiliki. Video pendek tersebut menerima perhatian dan menimbul perbincangan setelah dimuatnaikkan di media sosial. Ada yang berkata, video pendek itu membuatkan dia terkenangkan ketika zaman kanak-kanak dan saudara-maranya yang telah meninggal dunia. Ada juga berkata, cerita video pendek tersebut sungguh menyayat hati sehingga terasa ingin menangis! Tidak kurang juga yang memberitahu, setelah menonton video tersebut, dia terasa ingin pulang menelefon ibu dan pulang ke kampung halaman. Biarpun ada netizen berpendapat, iklan tersebut sepatutnya disiarkan pada Hari Ibu. Rata-rata memuji usaha pihak Petronas dalam usaha menerbitkan iklan musim perayaan yang berkualiti. Kini, iklan ini telah mencapai kadar tontonan lebih daripada 100 ribu di dalam laman Facebook dan Youtube. Meskipun, Yasmin Ahmad telah meninggalkan kita, tetapi Petronas tetap menyambung semangat Yasmin dalam menghasilkan iklan perayaan yang mengisahkan perihal remeh dalam kehidupan harian tetapi mampu menyentuh hati semua orang. - CARI Infonet |
12
Bagus |
2
Marah |
13
Terkejut |
5
Sedih |
2
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tigas replied at 4-2-2016 07:58 PM
adeke cina penoreh getah ???
tigas replied at 4-2-2016 07:58 PM
adeke cina penoreh getah ???
abangbikerz replied at 4-2-2016 08:01 PM
Adalah banyak jerr. Ko ingat semua cina kaya ke. Yg miskin pon ada
spiderman80 replied at 4-2-2016 08:07 PM
Ada. Kat area Spidey bekerja (Kota, Negeri Sembilan) ramai jer orang Cina menoreh getah....tapi ke ...
spiderman80 replied at 4-2-2016 08:10 PM
Setuju bro. Tanggapan bahawa semua orang Cina kaya adalah salah.
99% adalah golongan PPRT hinnga ...
revolusi_30 replied at 4-2-2016 08:34 PM
x nampak kaitan dgn CNY pun....yg akak perasan iklan ne nak hentam Ah Jib Gor pasal getah murah yg d ...
chazey replied at 4-2-2016 08:01 AM
Astagaaaa mengalir2 air mata akak tengok iklan ni ok!
ADVERTISEMENT