CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nora Danish Mahu Bersara Lepas Kahwin - “Saya Rasa Sudah Tiba Masanya Untuk Berundur, Dengan Faktor Usia Lagi"

6-2-2026 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17790| Komen: 5

 



Pelakon Nora Danish berkata dia berhasrat untuk bersara dari dunia seni untuk memberi tumpuan pada keluarga dan perniagaan.

Memetik BH Online, Nora berkata ianya tidak akan direalisasikan dalam masa terdekat kerana masih ada tanggungjawab terhadap anak-anak namun akan bersara apabila berumah tangga kelak.

“Sekarang tidak boleh bersara lagi, saya kena cari duit untuk sara anak-anak. Insya-Allah, kalau saya sudah berkeluarga nanti, barulah saya akan fikirkan mengenai pekara itu.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk berundur, dengan faktor usia lagi. Jadi. saya rasa sudah penat. Tiba masanya untuk saya fokus kepada keluarga dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Nora berkata dia menjadi selebriti popular Neelofa sebagai inspirari yang tetap aktif di media sosial meskipun sudah bersara

“Saya hendak jadi seperti dia. Mungkin fokus saya pula dari sudut perniagaan. Tetapi, untuk berlakon, saya penatlah,” katanya.

Dalam pada itu, Nora menafikan dakwaan keputusan itu dibuat berkait dengan spekulasi dia bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menurut Nora dia baru saja mengenali jejaka dikenali sebagai Mickey Ayo itu sebaliknya hasratnya untuk bersara kerana sudah lama dalam dalam industri.

“Semua wanita ingin berkahwin dan memiliki rumah tangga lebih baik serta ada suami yang boleh menjaga kita. Memang saya akui, itu impian saya.

“Tetapi, saya tidaklah tergesa-gesa ke arah itu. Saya letak sepenuh kepercayaan kepada Allah dan biar Dia aturkan semuanya. Cepat atau lambat, semua saya serah kepada Allah.

“Bukan sebab perkahwinan yang jadi punca saya hendak bersara. Saya sudah penat sebab sudah lama sangat dalam industri seni,” katanya.

Sumber: BH Online, Rotikaya
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 6-2-2026 12:58 PM
2 kali kahwin
2 org anak
next dapat baby girl pula
insyaallah...semoga cepat dipertemukan jodoh yang baik dan sekufu
Quote scarflicious 6-2-2026 09:26 PM
eloklah bersara nora oi. bila tgk kau atas pentas amber yg ada faao tu dah mcm pokok perhiasan je.
Quote miss_perfect 6-2-2026 09:41 PM
Relax betul Nora pakai skaf ikat bawah dagu je. Last i pakai gitu masa belajar muqaddam
Quote cicicumel 6-2-2026 09:51 PM
gekkou replied at 6-2-2026 12:58 PM
2 kali kahwin
2 org anak
next dapat baby girl pula

Subur lg ke? Cukup la kot..si Mickey tu pon duda anak 3 kan?
Quote gemukjin 6-2-2026 10:40 PM
Hurmmm

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 12:20 AM GMT+8 , Processed in 1.393149 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top