CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mama Norlia Ghani terharu terima sumbangan FINAS

11-2-2026 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14464| Komen: 6

 



KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Norlia Ghani, 78, mengakui terharu apabila terus mendapat perhatian daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), meskipun mesrasai sedikit malu untuk menerimanya.

Bagaimanapun, Norlia atau lebih mesra disapa Mama Norlia, menyifatkan sumbangan itu sebagai rezeki yang diterima dengan hati terbuka.

"Alhamdulillah, gembira bila orang ingat kita. Tapi pada saya, ada malu sikitlah. Malu sebab kita selalu bekerja, cari rezeki sendiri. Bila dapat sumbangan, maknanya orang fikir kita tak upaya.

"Tapi, orang bagi maknanya itu rezeki, kita ambil dengan baik," katanya yang ditemui pada Program Ceria Ramadan dan Tahun Baru Cina di Komune Living and Wellness, Bandar Tun Razak, kelmarin

Norlia antara 31 penggiat industri kreatif yang dipilih menerima sumbangan pada program anjuran FINAS dengan kerjasama Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak.

Pada masa sama, Norlia meluahkan rasa syukur masih diberikan kudrat dan kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki.

"Alhamdulillah Tuhan bagi lagi saya berjalan, walaupun perlahan. Untuk orang lain, Mama tak tahu, tapi kalau Mama, rasanya Mama kuatkan semangat. Kita kalau nak berharap dengan orang susahlah kita.

"Tapi Mama ada darah tinggi, kolesterol juga tinggi, jadi kena ubat, mata pun dah kurang nampak. Saya pernah terjatuh sebab tak nampak. Itu sebab ada anak yang menemani," katanya.

Norlia turut bersyukur masih menerima tawaran lakonan walaupun tidak banyak.

"Tak banyak, tapi okay, ada juga orang ingat kita. Sekarang pun Mama selalu berlakon cerita kampung-kampung, jadi nenek.

"Kalau cerita moden, orang muda, memang tak sesuai untuk kita. Jadi, kita tak boleh nak cakap apa. Ada rezeki, ada," katanya yang turut aktif membuat reviu dan memuat naik kandungan secara langsung di TikTok.


Sumber: Berita Harian
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AuntyZaza 11-2-2026 09:39 AM
Congrats
Quote prince_marhaen 11-2-2026 09:59 AM
Alhamdulillah... patutnya mama dah lama dapat penghargaan, elaun bulanan... tak payah kerja keras dah.
Banyak sumbangan & semua generasi mama pernah kerja daripada zaman P.Ramlee lagi..

nak harap anak mama yang cerai dengan komposer tu memang tak makan lah...superstar syndrome tak nak kerja susah...
Quote akido_kido 11-2-2026 11:29 AM
emak rusdi ramli...dah 78 tapi masih nampak sihat bertenaga...apa amalannya
Quote missbigrockstar 11-2-2026 03:17 PM
Selayaknya mendapat sumbangan. Rajin dan best drama² dia berlakon.
Quote ninja boy 12-2-2026 08:35 AM
Ai peminat beliau, zaman dulu2 raya sentiasa ada cerita tv best2 beliau berlakon, semoga diberi anugerah dan rezeki byk dan kesihatan
Quote Kancilkering 12-2-2026 08:39 AM
merah lipstick joyah

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.080645 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top