CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Orang buat kerja, nak pecat pasal apa?’ - PM pertahan Azam Baki

12-2-2026 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29101| Komen: 35

 



Kepercayaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap Azam Baki tidak terjejas dengan skandal pegangan saham yang menyelubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Ditanya mengenai desakan supaya dia dipecat, Anwar menjawabnya dengan mempertahankan Azam.

“Orang yang buat kerja, nak pecat pasal apa?...Baca penjelasan dia.

“Ini satu penyakit. Orang buat kerja, you maki pasal apa? Salah. Dengar penjelasan masing-masing,” katanya ringkas kepada pemberita semalam.

Anwar berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Petaling Jaya, Selangor.

Jutaan saham

Terdahulu, Bloomberg dan Malaysiakini secara berasingan melaporkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan Azam pernah memegang sejumlah besar saham dalam dua syarikat tersenarai awam.

Azam memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Berhad dan sekitar 4.52 juta saham dalam Awanbiru Technology Berhad.

Azam berkata telah mengisytiharkan semua pegangan sahamnya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan telah melupuskan portfolio tersebut pada Julai tahun lalu, walaupun tidak menyatakan tarikhnya secara khusus.

Antara 1 Jun dan 31 Julai tahun lalu, saham Velocity Capital Partner didagangkan pada harga serendah RM0.06 hingga RM0.075 sesaham.

Jika Azam melupuskan sahamnya dalam tempoh itu, nilai saham tersebut boleh mencecah antara RM1.06 juta hingga RM1.327 juta.

Bagi Awanbiru Technology pula, harga saham dalam tempoh 1 Jun hingga 31 Julai 2025 berada antara RM0.275 hingga RM0.305 seunit.

Jika Azam melupuskan sahamnya dalam tempoh ini, nilainya boleh mencecah antara RM1.24 juta hingga RM1.378 juta.

Had RM100,000

Nilai pegangan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM itu menimbulkan persoalan kemungkinan dia melanggar peraturan perkhidmatan awam yang mengehadkan pembelian saham tidak melebihi lima peratus modal berbayar atau RM100,000 pada nilai semasa.

Azam semalam menjelaskan bahawa pegangan sahamnya tidak membabitkan modal berbayar, sebaliknya diperoleh melalui pembelian di pasaran terbuka.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar untuk mendapatkan komen mengenai perkara ini.

Pendedahan tentang pegangan saham ini mencetuskan gesaan daripada pembangkang serta penyokong kerajaan sendiri agar Azam meletakkan jawatan, digantung, dipecat atau disiasat.

Ini merupakan kali kedua dia menjadi tumpuan berhubung portfolio dagangan sahamnya.

Pada akhir 2021, Azam pernah disiasat berkaitan pegangan saham melebihi had RM100,000.

Pada Januari 2022, Azam berkata dia memaklumkan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM bahawa saham itu dibeli oleh adiknya yang menggunakan namanya, dan dia yakin dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan.

Pendedahan itu membawa kepada siasatan oleh Suruhanjaya Sekuriti yang akhirnya mendapati tiada bukti berlakunya dagangan proksi kerana Azam mempunyai “kawalan” ke atas akaun dagangannya sendiri.

Pada 20 Jan 2022, Anwar, ketika itu ketua pembangkang, berjanji akan membawa perkara itu kepada perdana menteri ketika itu, Ismail Sabri Yaakob.

Ini selepas Pemuda PKR menyerahkan memorandum kepadanya yang antara lain menggesa ketua SPRM mengisytiharkan aset mereka.

Namun, sejak menjadi perdana menteri pada November 2022, Anwar menjadi penyokong kuat Azam malah menegaskan ketua SPRM itu satu-satunya individu yang berani mengambil tindakan terhadap pemimpin rasuah.

Anwar juga telah melanjutkan kontrak Azam sebagai ketua SPRM sebanyak tiga kali selepas usia persaraan.

Sumber : Malaysiakini


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 12-2-2026 01:02 PM
Keh keh. Dah lama kan kes saham ni. Cuma Papa liwat sambungkan talian hayat Azam Baki. Haisshh kesian pada voters yang tertipu.
Quote Decaffeinated 12-2-2026 01:15 PM
tanya acik forum lah, ramai yang bitter dengan azam baki. tak kan acik forum makan rasuah juta2 kot.
Quote alesandra 12-2-2026 01:20 PM
Pecat jela .3 hari berturut dah blomberg mengamuk.esok taktau apa lagi nak bongkar.LOD caprut azam baki  x lakunya.makin ditekan makin lawan.lawan tetap lawan
Quote s@s@ 12-2-2026 03:02 PM
desakan suruh pecat tu sebab dia buat kerja ka, sebab salah laku penjawat am....

itu hari garang sangat sound penjawat awam
Quote kemaruk 12-2-2026 04:25 PM
pensokong berjalan mundar mandir keresahan apabila mendengar kenyataan dari PMX ini



Quote TeropongSenyap 12-2-2026 06:13 PM
Quote Purestteam1 12-2-2026 06:39 PM
Nampak makin stress muka PMX.. hati² bila stress
Quote Solokkk 12-2-2026 06:46 PM
Buat kerja sesambil rasuah
Quote plywood 12-2-2026 07:25 PM
dia boleh buat kerja.... tp imej dah terpalit skandal.

mungkin kita perlu seseorang yang berani, berpengalaman dlm kerja sprm, dan bersih... kerja sprm ini mesti berada di team baik dan tak boleh keluar langsung... orang hilang kepercayaan jika ada skandal... klu penjelasan azam ini boleh bersihkan imej seratus peratus ok jugak.. ni masih ada dan masih kena serang
Quote plywood 12-2-2026 07:30 PM
makin hot report bloomberg... tak taulah betul ker tak atau saja lawan supaya ramai langgan berita dia..

Gun flashing and blackmail: Explosive investigation by Bloomberg links MACC boss Azam to 'corporate mafia'

It comes just days after revelations that the embattled MACC chief commissioner held millions of shares in a listed company in violation of a code of conduct for public servants.


MalaysiaNow
February 12, 2026 10:46 AM5 minute read

A new explosive investigation by Bloomberg details how the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), led by chief commissioner Azam Baki, is linked to individuals known as the "corporate mafia", assisting rogue businessmen in forcefully taking over public listed companies by using the anti-graft agency's extensive powers to arrest, intimidate and threaten charges against company founders and executives.

The lengthy report outlines a shocking modus operandi used by a division within MACC known as "Section D", employing methods ranging from intimidation, such as office raids, to blackmail and threats to life.

The unit, which handles complaints and arrests related to corruption in listed companies, was led by Wong Yun Fui, currently MACC's deputy director of investigations, who sources told Bloomberg is "valued by Azam".

berita seterusnya .. link bawah..
https://www.malaysianow.com/news ... -to-corporate-mafia



Quote Firenzza 12-2-2026 08:25 PM
Kt sperm x muka lain yg blh buat keja promote naik pangkat ke, suma xde teloq gamaknya? Asyik azzam belen je Samsung kontrak.
Quote Firenzza 12-2-2026 08:35 PM
Dia mcm ni....klau klau jd tok imam, pg masjid x tinggal bla bla.....tup2 ada org nmpk tok imam main snooker kt pekan, main set bet amoi 1 mlm plk tu.....apa ko ghaser?
Quote lostnfaun 12-2-2026 09:37 PM
Firenzza: Dia mcm ni....klau klau jd tok ...


Anwar ni kalau bercakap memang mulut dulu baru fikir gaknya. Silap besar dia jawab gitu. Sesuatu sangat.

Kalau ikut lojik dia Najib, Tun M semua tak salah jgk sebab dia rajin buat kerja. Umpama orang tu mencuri tapi dia tolong orang susah.
Quote lostnfaun 12-2-2026 09:41 PM
plywood replied at 12-2-2026 07:25 PM
dia boleh buat kerja.... tp imej dah terpalit skandal.

mungkin kita perlu seseorang yang berani, be ...


SPRM ni kalau dia sendiri terlibat salah guna kuasa @ rasuah siapa yang akan siasat & dakwa? Contohnya orang buat aduan pasal pegawai pejabat tanah, bila dapat tau SPRM siasat terus bagi tanah & case closed. Sudahnya isu² melibatkan pej.tanah tetap gitu juga.
Quote kemaruk 12-2-2026 11:28 PM
terkedu            
Quote terma2nkondisi2 12-2-2026 11:33 PM
dulu berdemo nak tangkap azam baki

sekarang pertahan azam baki
Quote terma2nkondisi2 12-2-2026 11:40 PM
Who is Velocity Capital? A look at the penny stock that drew Azam Baki's interest
https://theedgemalaysia.com/node/792485

individu yg digelar sbg mafia korporat - victor chin
CHIN BOON LONG (VICTOR)
Executive Director
https://www.mmag.com.my/victor
Quote terma2nkondisi2 12-2-2026 11:42 PM
[youtube]pQ83FaJlGHo?si=Wx4vL--GTGz6qaJE[/youtube]
Quote L.U.S.M 13-2-2026 05:43 AM
Edited by L.U.S.M at 13-2-2026 06:18 AM

Hahahaha dh deal tepi la tuuuu
Hari tu izzah kena siasat...so dia nk naikkan zambri...tp bila azam deal tepi so now bekap laaa...hahahaha mcm la netizen bodoh sgt xnmpk benda ni

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.939504 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top