CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jahitan Czer Terbuka & Bernanah, Mohon Doa Buat Ayda Jebat - Nabil

13-2-2026 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13661| Komen: 57

 



Pelakon Nabil Ahmad memaklumkan isterinya pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengalami komplikasi pada jahitan bahagian perutnya selepas melahirkan cahaya mata ketiga mereka pada 29 Januari lalu.

Memetik Media Hiburan, Nabil berkata buat masa ini mereka perlu berulang alik ke hospital untuk membersihkan luka kerana jahitan terbuka dan bernanah serta meminta mendoakan buat Ayda.

“Ayda sedang berpantang. Untuk anak ketiga ini, ini proses yang Ayda rasa paling sakit untuk melahirkan. Masa anak pertama dan kedua dulu, dia tak rasa apa sangat.

“Dalam bilik bedah pun, mata dia berair tanpa henti. Ketika ni, perutnya ‘berlubang’ kerana jahitan terbuka. Jadi setiap hari perlu pantau keadaan kesihatannya.

“Bahagian jahitan itu agak bernanah. Selang sehar kita akan pergi ke hospital untuk bersihkan luka. Saya mohon titipkan doa yang baik buat Ayda,” katanya.

Sementara itu, Nabil berkata pada awalnya isterinya hanya alami sakit biasa selepas bersalin namun keadaan tersebut bertambah serius selepas seminggu.

“Kami perasan perkara itu selepas seminggu Ayda bersalin. Dia hanya berehat di atas katil. Masa nak alihkan kaki, tiba-tiba dengar bunyi putus.

“Mulanya ingat sakit biasa saja. Esoknya nampak ada ‘leaking’. Ayda memang tak berhenti menangis,” katanya.

Sumber: Media Hiburan, Rotikaya

  


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fattymah 13-2-2026 10:05 AM
Kahkahkahkah.. gelak dalam hati
Quote prince_marhaen 13-2-2026 10:20 AM
Dah terkinja-kinja macam beruk... laki pun macam spastik menggelupoh all the time..mana tak terbocor perut tu..
Quote doubleA 13-2-2026 10:25 AM
Itula walaupun dah ketiga, setiap kali tu pengalaman tak sama. Terlebih konfiden ni sebab sebelum2 ni ok, so awal lagi ko terkinja2 melayan peel laki terkinja. Laki tu tak operate, ko yg operate. Bukan ke ayda ni slip disk jugak before pregnancy ni? Risiko banyak tapi masih nak tunjuk slay demi content?
Quote doubleA 13-2-2026 10:27 AM
In fact, lepas czer ni walaupun sehari dua tu rasa sihat dan ok, tapi sebelum habis tempoh pantang 44 hari tu still kena jaga2, banyak risiko after czer yg membahayakan nyawa ibu
Quote c_apple 13-2-2026 10:27 AM
Or maybe sbb anak2 dia bersalin dekat2
Even 2-3 tahun gap pun but still laa kat dalam kita tak tahu
Dgn lasaknya lepas bersalin dulu lompat sana sini
Quote sukanyanyi 13-2-2026 10:44 AM
Edited by sukanyanyi at 13-2-2026 10:45 AM
c_apple replied at 13-2-2026 10:27 AM
Or maybe sbb anak2 dia bersalin dekat2
Even 2-3 tahun gap pun but still laa kat dalam kita tak tahu ...


Tula yg kedua dulu lepas 5 bulan dh masuk hardest singing show yg kena buat stunt tu sume. Yg kali ni terkejut gak baru bape ari dh nampak gambo posing kat koridor spital tu.

Mak meols terus fwd artikel edya ni smlm suh meols jaga2, kate jgn dukung anak toddler pas czer anak kedua nanti. Lepas bace psl eyda ni stakat alih kaki je dh zap terbukak, adoi taktau la. Nauzubillah jela.
Quote putribonda 13-2-2026 10:52 AM
bukan nak padankan muka bila dia sakit ni.
tapi itulah..dulu2 org nasihatkan sombong angkuh sangat.
yg laki pun cara mintak org doakan igt dah kritikal ke apa.
ingatlah ya, kita ni tak perlu sombong atau angkuh sangat bila orang nasihat atau ingatkan kita.
semoga dipermudahkan jelah buat chuolsss.
Quote dewi_rina 13-2-2026 10:52 AM
Bersalin swasta kan? Bayar mahal2 ingat jahit betul2 kihkih
Quote dewi_rina 13-2-2026 10:53 AM
sukanyanyi replied at 13-2-2026 02:44 AM
Tula yg kedua dulu lepas 5 bulan dh masuk hardest singing show yg kena buat stunt tu sume. Yg kali ...

Laki dia ckp dia duduk diam2, tiba2 benang terbukak

Tengok mcm tak reti duduk diam je, yeler tu dok diam2, siap posing mcm dalam video klip
Quote Missjass 13-2-2026 11:11 AM
Pelakon Nabil Ahmad memaklumkan isterinya pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengalami komplikasi pada jahitan bahagian perutnya selepas melahirkan cahaya mata ketiga mereka pada 29 Januari lalu.

Kenapa nabil ahmad pulak dah
Quote sukanyanyi 13-2-2026 11:22 AM
Edited by sukanyanyi at 13-2-2026 11:24 AM
dewi_rina replied at 13-2-2026 10:53 AM
Laki dia ckp dia duduk diam2, tiba2 benang terbukak

Tengok mcm tak reti duduk diam je, yeler tu d ...


Tulah, mase bace tajuk smlm pon meols dh tertanya2 ape plak sheols buat kali ni..takkan la dah prektis nari baru bape minggu.. ntah ler.. tp mmg bleh amik iktibar sesangat la.

Tgk uyena tu mcm behave je kan, pon jarak czer dekat2. Yg tu baru mcm pandai jaga diri jaga badan kot. Meols riso eyda ni terlalu nk tunjuk mampu ligat blk branak bape kali pon. Adeh toksah la try hard sgt kan. Mommy kena wat cara mommy iye dok?
Quote freyayong 13-2-2026 11:46 AM
dah 3x czer confirm tempat yg sama. mmg prone to infection la kalau tak jaga betul2. aku pun dulu kali ke -3 terbukak n infection.. tp idaklah mcm nak mati teruk nya.. sbb sikit je.. hadap je la. yg penting dah bukak tu mmg tak jahit blk. so kena la wound dressing hari2
Quote nisako 13-2-2026 11:49 AM
hmmmm
Quote anarina 13-2-2026 12:19 PM
Menggelitat je kejenya
Quote Prickford 13-2-2026 12:22 PM
doubleA replied at 13-2-2026 02:27 AM
In fact, lepas czer ni walaupun sehari dua tu rasa sihat dan ok, tapi sebelum habis tempoh pantang 4 ...

Ye, czer kena jaga lebih daripada beranak normal. Memang lepas czer tu, esoknya dah boleh gerak, doktor suruh gerak2 sikit, jalan2 sikit untuk peredaran darah. Tapi takkan la sheolls beranak kat swasta yg gah tu, doktor tak pesan apa2? Takkan la confident nauuu terkinja2 yg monyet. Kita beranak kerajaan je, macam2 nasihat kita dapat. After 2 weeks ok dah, boleh fokus dekat luka dalaman je pulak.
Quote sue_liah 13-2-2026 12:24 PM
eh kita pulak kena doakan, koser la laki bini attention seeker ni

Quote dewi_rina 13-2-2026 01:43 PM
Edited by dewi_rina at 13-2-2026 05:44 AM
sukanyanyi replied at 13-2-2026 03:22 AM
Tulah, mase bace tajuk smlm pon meols dh tertanya2 ape plak sheols buat kali ni..takkan la dah pre ...

Nak tunjuk kuat, last2 menangis

So anak2 dia 3 org czer lah ni? Kata nak anak ramai, 11 org kan
Kena beranak normal lah mcm ni
Quote dewi_rina 13-2-2026 01:45 PM
Missjass replied at 13-2-2026 03:11 AM
Pelakon Nabil Ahmad memaklumkan isterinya pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengalami komplikasi pada  ...

Suami dia nabil mahir kan, sejak bila nabil ahmad gahahahaha
Quote dewi_rina 13-2-2026 01:49 PM
Ni dia 2 days ago ye? Hah kemain tak reti diamm, menggelitat sgt terima padahnya
[ig]https://www.instagram.com/p/DUk8qcfE1Sd/?hl=en[/ig]

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.584546 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top