CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu pemilikan saham, Azam Baki terbuka untuk disiasat

13-2-2026 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14490| Komen: 1

 



Kuala Lumpur: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki terbuka sepenuhnya untuk disiasat oleh mana-mana jawatankuasa bebas yang ditubuhkan kerajaan bagi meneliti secara khusus perkara berkaitan pemilikan sahamnya.

Azam berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.

"Semua pengisytiharan kewangan dan harta dibuat selaras dengan peraturan perkhidmatan awam yang berkuat kuasa serta melalui saluran rasmi yang ditetapkan, sebagaimana yang diwajibkan ke atas setiap penjawat awam.

"Saya mengalu-alukan sebarang proses yang telus, bebas dan objektif bagi menentukan fakta berasaskan bukti serta mengikut prinsip keadilan dan keluhuran undang-undang," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, pendekatan untuk melakukan siasatan itu penting bukan sahaja untuk mempertahankan integriti peribadinya malah bagi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap SPRM sebagai sebuah institusi.

 "Malah, saya ingin menegaskan bahawa sebagai seorang penjawat awam dan ketua kepada agensi penguatkuasaan, saya percaya bahawa mana-mana individu yang berhadapan dengan dakwaan sewajarnya bersikap terbuka dan bersedia untuk disiasat secara bebas dan telus.

"Prinsip ini harus terpakai kepada semua tanpa pengecualian. Budaya akauntabiliti tidak boleh bersifat terpilih atau bermusim," katanya.

Azam percaya tiada siapa berada di atas undang-undang dan tiada siapa juga yang harus dihukum melalui persepsi atau naratif media semata-mata.

"Sepanjang perkhidmatan saya, saya kekal komited terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti dan kedaulatan undang-undang.

"Saya akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana mekanisme yang sah dan ditubuhkan secara wajar bagi meneliti perkara ini," katanya.

Beliau yakin kebenaran akan dapat ditegakkan melalui suatu proses yang adil dan bebas.


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piyek92 13-2-2026 11:01 AM
kenapa mata dia merah macam tu..ada resdung ke

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.075639 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top