CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terengganu hampiri status 'negeri tua', populasi warga emas di negeri ini hampir mencecah 15 peratus

13-2-2026 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8210| Komen: 1

 


Kuala Nerus: Terengganu bakal menghampiri negeri berstatus 'tua' apabila kadar populasi warga emas di negeri ini hampir mencecah 15 peratus daripada keseluruhan penduduk yang ada.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, sesebuah negeri akan dikategorikan sebagai negeri tua apabila komposisi warga emas mencapai kadar 15 peratus daripada jumlah penduduknya.

Menurutnya, perkembangan itu menunjukkan Terengganu kini sedang berdepan perubahan struktur demografi yang memerlukan perhatian serius oleh semua pihak.

"Saya tidak merasakan faktor ekonomi menjadi punca utama penurunan kadar kelahiran sebaliknya lebih berkait rapat dengan tahap kesedaran dan keyakinan pasangan terutama yang berusia muda terhadap kemampuan membesarkan anak-anak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sambutan Terengganu Hijab Day di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini, hari ini.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian terhadap golongan berpendidikan tinggi dan bekerja, kebanyakan mereka hanya mempunyai tiga atau empat anak walaupun memiliki pendapatan yang kukuh dan stabil.

Katanya, sekiranya diukur dari sudut ekonomi pula, ramai suami isteri yang kedua-duanya bekerja dan berpendapatan baik serta dilihat mampu untuk mempunyai bilangan anak yang lebih.

"Justeru, secara logiknya dengan pendapatan mencecah puluhan ribu ringgit setahun, tidak mustahil untuk membesarkan lapan atau sembilan anak.

"Namun, mereka merasa tidak yakin dan antara alasan yang sering diberikan iaitu saiz rumah yang kecil atau melakukan perancangan kewangan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut membandingkan situasi di beberapa negara kurang membangun yang dilawatinya, di mana kadar kelahiran masih tinggi walaupun tahap ekonomi rakyatnya jauh lebih rendah.

Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan dalam beberapa program bersama Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri (YPKN) bagi merangka pendekatan sesuai menangani isu berkenaan.

"Insya-Allah kita akan menyusun beberapa program dan melihat peranan YPKN untuk merangka inisiatif yang boleh menggalakkan golongan muda berkahwin dan mempunyai lebih ramai anak.

"Justeru, satu mekanisma perlu difikirkan dalam menggalakkan pertumbuhan penduduk dan dalam masa sama mewujudkan satu keluarga bahagia," katanya.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 13-2-2026 03:29 PM
"Justeru, secara logiknya dengan pendapatan mencecah puluhan ribu ringgit setahun, tidak mustahil untuk membesarkan lapan atau sembilan anak.

"Namun, mereka merasa tidak yakin dan antara alasan yang sering diberikan iaitu saiz rumah yang kecil atau melakukan perancangan kewangan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut membandingkan situasi di beberapa negara kurang membangun yang dilawatinya, di mana kadar kelahiran masih tinggi walaupun tahap ekonomi rakyatnya jauh lebih rendah.


tepuk dahi aku baca perenggan ni

pernah dengar tak family planning

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.219800 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top