CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga asing salah guna pas lawatan sosial buka chalet di Sabah - Saifuddin Nasution

13-2-2026 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8164| Komen: 4

 


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, segelintir warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial (PLS) dikesan mengusahakan chalet di pulau-pulau sekitar Semporna serta kawasan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

Jelasnya, warga asing terbabit menggunakan rakan kongsi tempatan untuk membuka perniagaan sebelum mereka sendiri mengusahakannya.

"Hasil operasi bersama ESSCOM mendapati terdapat hingga 81 unit chalet diusahakan oleh warga asing. Ini sudah tentu menjejaskan usahawan tempatan yang mematuhi undang-undang.

"Warga asing berkenaan mungkin bertindak sebagai pemodal, namun mereka tetap tertakluk kepada keperluan memohon pas yang sah untuk menjalankan perniagaan.

"Jika masuk sebagai pelancong tetapi berniaga, itu menyalahi undang-undang dan tindakan akan diambil," ujar Saifuddin dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN, di sini, pada Khamis.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) turut diminta lebih peka terhadap pembangunan di kawasan masing-masing bagi mengesan sebarang eksploitasi oleh warga asing menyalahgunakan PLS.

Pihak KDN akan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk kemungkinan penglibatan ejen pelancongan bagi mencari punca dan pelaku sebenar.

Selain sektor pelancongan, KDN turut mengenal pasti penglibatan warga asing dalam sektor hiasan dalaman, restoran, serta industri perabot.

Seramai 54,791 warga asing telah diambil tindakan penguatkuasaan dari tahun 2025 hingga pertengahan Januari tahun ini kerana menyalahgunakan PLS bagi tujuan bekerja di Malaysia.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 13-2-2026 01:14 PM
"Hasil operasi bersama ESSCOM mendapati terdapat hingga 81 unit chalet diusahakan oleh warga asing. Ini sudah tentu menjejaskan usahawan tempatan yang mematuhi undang-undang.

Orang sini mampu buka homestay saja itupun tunggu raya baru orang sewa. Maklumlah pelanggan very terhad. Mana ada asing worangs nak sewa homestay tu. Baik depa sewa Hotel budget geng sendiri. Macam biasa kita misti boikot la.
Quote Skuau 13-2-2026 01:34 PM
bukan takat buka chalet..pas lawatan sosial ni juga depa guna tuk 'buka kangkang'(aktiviti persundalan).
Quote silance 13-2-2026 01:46 PM
Skuau replied at 13-2-2026 01:34 PM
bukan takat buka chalet..pas lawatan sosial ni juga depa guna tuk 'buka kangkang'(aktiviti persundal ...

Kita sini suda pinat kirja misti mau healing-healing, happy-happy me time la kaka. Barula hidup gembira.
Quote piyek92 13-2-2026 05:28 PM
apa ke gila buka chalet pun tak dapat detect sedangkan buka khemah tepi pantai pun akan ada penguatkuasa datang kalau lama2... semua korup

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.401156 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top