|
Kekasih Riena Diana, iaitu Keith Foo belum sedia mengulas dakwaan konon sudah memeluk Islam, sebaliknya, lebih selesa membiarkan perkara itu sebagai urusan peribadi.
Keith rela membiarkan isu kemungkinan dirinya sudah memeluk Islam dalam proses mengahwini Riena, menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat. "Kita lihat sahaja apa yang akan berlaku pada akhir tahun ini. Buat masa sekarang, apa yang kami lakukan adalah saling melengkapi dan menyokong antara satu sama lain terutamanya dari segi kerjaya. "Sekarang sudah hendak puasa, jadi, kita akan sokong satu sama lain. Ramai orang di luar sana suka bagi komen negatif, jadi, bagi mereka komen dulu. "Kita lihat apa reaksi mereka kemudian. Saya fikir perkara macam ini tidak diumumkan sebab ia datang dari hati kita sendiri. Jadi, biarlah ia diketahui secara semula jadi," katanya pada kempen Ramadan Raya (RR) 2026: Jwanjih Kenyang di ibu negara, malam tadi. Keith bagaimanapun mengaku dia masih dalam proses mempelajari ilmu agama Islam. "Saya takkan umumkan (masuk Islam). Biarlah orang tahu sendiri sebab perkara ini semula jadi dari hati. Bukan sesuatu yang perlu kita kecoh-kecohkan. "Saya masih belajar. Kadang-kadang ada yang kekurangan daripada saya, Riena akan tunjuk ajar. Dia akan beritahu. Kita pun membesar dengan agama masing-masing, jadi saya pun banyak benda tidak tahu. "Terima kasih pada Riena yang banyak mengajar. Lagipun, dalam keluarga saya sendiri, sudah ada tiga mualaf. Jadi, ini adalah perkara biasa dalam keluarga saya," katanya. Apabila ditanya mengenai pandangannya terhadap keindahan Islam yang membuatkan dirinya tertarik, Keith mengakui rasa tenang. "Saya rasa ketenangannya. Setiap kali sesuatu berlaku, sama ada baik atau buruk, kita selalu sebut Alhamdulillah. Tidak apalah, mungkin belum masanya lagi, mungkin lain kali. "Selain itu, ia memberi ketenangan dan tidak memaksa. Akhir sekali, ia adalah bagaimana kita melihat diri kita sendiri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan," katanya. Keith teruja untuk menyambut Ramadan dan akan cuba untuk berpuasa penuh, tahun ini. "Tahun lepas pun kami berpuasa bersama, tapi pada masa sama, ayah saya meninggal dunia. Riena ada dengan saya sepanjang proses itu. Ketika ayah saya di hospital pun saya puasa dengan Riena, tahun lalu. "Dapatlah hampir sebulan juga. Jadi tahun ini saya akan cuba puasa penuh," katanya. Sumber : Berita Harian
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.458817 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.