CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Daler Yusuf mohon maaf kepada Aqish - "Saya juga sudah memadam hantaran saya di Threads"

13-2-2026 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7801| Komen: 1

 



Pelakon Daler Yusuf sudah memohon maaf kepada Puteri Balqis susulan hantaran Threads yang dikatakan membuatkan aktres itu kurang senang.

Daler atau nama sebenar, Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, berkata dia tidak berniat mengeruhkan keadaan dan sudah memadam hantaran berkenaan.

"Saya sudah memohon maaf di ruangan komen di laman sosialnya. Saya juga sudah memadam hantaran saya di Threads serta menghantar mesej langsung (DM) kepadanya secara peribadi.

"Tetapi, dia tidak beri maklum balas. Saya katakan betul-betul minta maaf kalau saya buat dia marah atau apa-apa. Saya juga beritahu tolong faham yang saya betul-betul sokong dia mempertahankan dirinya," katanya ketika ditemui pada sidang media program Ramadan dan Syawal TV Alhijrah di sebuah hotel di sini, semalam.

Daler berkata, niatnya hanya mahu menegur cara dan adab yang diperlihatkan.

"Saya tegur kita sebagai lelaki tidak boleh kurang ajar dengan perempuan apabila kita bercakap dengan mereka... Itu sahaja. Saya tiada masalah dengan kes lain yang membabitkan dirinya. 

"Dalam hal ini, saya cuma menegur bapa tiri dan teman lelakinya. Saya tidak kisah jika mereka mahu mempertahankan isteri atau teman wanita masing-masing.

"Namun saya percaya, sebagai seorang Muslim, lebih-lebih lagi lelaki, kita perlu menjaga tutur kata dan bahasa apabila berurusan dengan perempuan, walau sejahat mana sekalipun seseorang itu," katanya.

Bagi Daler, ayat-ayat yang digunakan kurang bersesuaian dengan imej sebagai lelaki Islam.

"Saya ada melihat Instagram Story (IGs) yang dimuat naik serta tangkap layar. Pada pandangan saya, ia agak keterlaluan serta biadab," katanya.

Justeru, Daler berharap perkara ini tidak berpanjangan sehingga memberikan kecaman terhadap ahli keluarganya.

"Bagi saya, kecaman terhadap ahli keluarga tidak boleh diterima. Saya tidak kisah jika orang mahu mengecam saya. Biasanya saya akan cuba untuk tidak membaca komen negatif. Tetapi, apabila sudah babitkan anak-anak, sebagai ayah, saya sangat sedih.

"Mereka tidak kenal saya, malah belum tentu kenal pelakon terbabit. Jadi, mengapa perlu terlalu kasar sehingga sanggup mencarut anak-anak saya? Itu sahaja yang saya kesalkan," katanya.

Sebelum ini, Daler dilapor pernah menegur bapa tiri dan tunang kepada Puteri Balqis atau Aqish agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berhubung isu panas yang membabitkan aktres terbabit bersama Mia Sara Nasuha.

Menurutnya, beberapa perkongsian yang dimuat naik dalam media sosial dilihat agak melampau serta menggunakan bahasa yang kurang sesuai terhadap seorang gadis yang masih muda.

Dalam perkembangan lain, Daler akan tampil menerusi telefilem terbitan TV Alhijrah, Menantu Datuk Nikah Kahwin yang akan disiarkan pada 2 Syawal. Turut membintangi telefilem itu adalah Amyza Adnan, Nasir Bilal Khan dan Faezah Elai.

Sumber : Berita Harian 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ragazza 13-2-2026 12:39 PM
All hail poyet pemili

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.228426 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top