CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semua pihak perlu berhati-hati sentuh isu agama - Lee Lam Thye

13-2-2026 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7496| Komen: 2

 


KUALA LUMPUR: Semua pihak termasuk pemimpin, anggota masyarakat, pertubuhan sivil dan pengguna media sosial digesa untuk sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati, bijaksana dan bertanggungjawab apabila menyentuh isu berkaitan agama.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata sebarang isu membabitkan agama hendaklah ditangani melalui saluran sah, berhemah dan berunding dengan mengutamakan keharmonian berbanding konfrontasi.

Katanya, isu sensasi, maklumat palsu dan retorik berunsur hasutan mesti ditolak sama sekali.

"Pihak berkuasa juga perlu terus bertindak secara adil, telus dan konsisten dalam menangani pertikaian membabitkan rumah ibadat supaya keadilan terlaksana tanpa prejudis serta selaras dengan undang-undang. 

"Penguatkuasaan yang tegas tetapi seimbang amat penting bagi mengekalkan keyakinan rakyat dan mengelakkan ketegangan daripada berlarutan," katanya dalam satu kenyataan media sosial, di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, isu-isu kontroversi ini secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia yang selama ini menghargai keamanan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk serta berbilang agama. 

"Insiden seperti ini sama ada berpunca daripada salah faham, sikap tidak sensitif atau provokasi sengaja, wajar menjadi peringatan bahawa rasa hormat terhadap semua agama bukan pilihan, tetapi asas penting dalam pembinaan negara bangsa.

"Setiap rumah ibadat bukan sekadar bangunan fizikal, malah merupakan pusat kerohanian komuniti yang wajib dihormati, dipelihara dan dilindungi maruahnya," katanya.

Lam Thye berkata, sebarang tindakan yang menghina, mengganggu, mempolitikkan atau mengeksploitasi agama demi kepentingan sempit bukan saja mengancam keharmonian masyarakat, malah boleh menggugat kestabilan negara.

"Setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira pegangan agama, memikul tanggungjawab moral dan sivik untuk mempertahankan prinsip ini.

"Perbezaan kepercayaan tidak seharusnya dimanipulasi untuk menimbulkan prasangka atau permusuhan, sebaliknya perlu menjadi asas kepada persefahaman, dialog dan penghargaan antara satu sama lain.

"Dalam saat yang mencabar ini, marilah kita semua meneguhkan kembali nilai bersama, janganlah kita biarkan insiden terpencil memecahbelahkan masyarakat atau meruntuhkan kepercayaan yang dibina sejak sekian lama," katanya.

Sumber : Berita Harian 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 13-2-2026 03:06 PM
provoke --> play the victim card --> profit?

either way, tuan tanah yang rugi in every circumstances. simply bullshit

kalau aku tuan tanah, ko main cara kotor, bina secara haram, ko tengok, memang aku balas cara kotor.
Quote piyek92 13-2-2026 05:25 PM
"Insiden seperti ini sama ada berpunca daripada salah faham, sikap tidak sensitif atau provokasi sengaja, wajar menjadi peringatan bahawa rasa hormat terhadap semua agama bukan pilihan, tetapi asas penting dalam pembinaan negara bangsa.

"Setiap rumah ibadat bukan sekadar bangunan fizikal, malah merupakan pusat kerohanian komuniti yang wajib dihormati, dipelihara dan dilindungi maruahnya," katanya.



dah sah2 buat kat tanah haram bukan satu beratus2.. patut ni kena kasi settle bukan kedua2 belah pihak..ini nampak tuan tanah pulak dinasihat macam2 patut kuat kuasa undang2 betul2 la deyyyy

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.251019 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top