CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Insya-Allah Pengerusi PN yang baharu adalah dari PAS' - Naib Presiden PAS

13-2-2026 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6902| Komen: 0

 



KOTA BHARU: PAS yakin isu pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pada asasnya sudah ada persetujuan berhubung pelantikan baharu, namun mengikut Perlembagaan, ia perlu diselesaikan menerusi mesyuarat.

"Sudah ada perbincangan berkaitan calon Pengerusi PN dan pada asasnya sudah dipersetujui, namun perkara ini perlu diputuskan dalam mesyuarat.

"Peletakan jawatan dan pelantikan jawatan baharu perlu dilakukan mengikut prosedur dan ia akan diputuskan dalam mesyuarat nanti. Insya-Allah pengerusi PN yang baharu adalah dari PAS.

"Siapa calonnya itu kena tunggu mesyuarat khas nanti yang belum ditetapkan tarikh lagi setakat ini," katanya ketika dihubungi.

Ketika ditanya sama ada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan memegang jawatan berkenaan, Mohd Amar yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, berkata perkara berkenaan juga akan dibincangkan dalam mesyuarat khas nanti.

"Memang ada permintaan daripada Tan Sri Muhyiddin yang memaklumkan jawatan itu diisi oleh Presiden PAS, namun perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat nanti.

"Insya-Allah isu pelantikan Pengerusi PN akan selesai tidak lama lagi," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kemelut yang berlaku membabitkan pelantikan Pengerusi PN yang baharu akan diselesaikan menerusi mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi (MT) PN yang akan diadakan pada Ramadan nanti.

Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dilaporkan berkata segala keputusan akan diputuskan mengikut Perlembagaan dan menerusi mesyuarat MT itu.


Sumber : Berita Harian 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.425394 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top