CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Bulan puasa elakkan sakiti hati, banyakkan memuji walau pahit’ - Fazley Yaakob

23-2-2026 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21814| Komen: 9

 



Kesabaran perlu menebal, penyanyi dan cef selebriti, Fazley Yaakob berkongsi pesanan kepada orang ramai agar menjaga tutur kata serta emosi sepanjang bulan Ramadan, terutama ketika berinteraksi dalam kehidupan harian mahupun dalam media sosial.

Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob, 48, menegaskan tempoh berpuasa bukan semata-mata menahan lapar dan dahaga, sebaliknya turut menuntut kesabaran tinggi dalam mengawal hati serta perasaan.

“Bulan puasa ini cubalah elakkan daripada menyakiti hati orang lain. Banyakkan memuji dan berkata manis walaupun pahit.

“Jika makanan tidak sedap, diamkan sahaja. Kalau orang membunyikan hon, senyum saja. Jika orang mengumpat, buat tidak tahu dan jangan ikut serta.

“Sebelum memuat naik apa-apa dalam media sosial, fikir berkali-kali supaya tidak nampak kurang cerdik atau tak sensitif. Orang sedang menahan lapar dan dahaga, emosi memang mudah terusik,” katanya dalam Threads.

Dalam perkongsian lain, pelantun lagu Asmara Ini itu turut menzahirkan penghargaan kepada majikan yang memberi kelonggaran kepada pekerja untuk pulang lebih awal sepanjang Ramadan.

Katanya, sikap bertolak ansur sedemikian mencerminkan keprihatinan serta empati terhadap cabaran dihadapi golongan pekerja ketika menjalani ibadah puasa.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada majikan yang membenarkan pekerja pulang awal bagi membuat persiapan berbuka.

“Tidak kira rumah pekerja jauh atau dekat, sama ada mahu memasak sendiri atau membeli di bazar Ramadan, toleransi sebegitu sangat bermakna.

“Sikap prihatin seperti itu membezakan majikan yang benar-benar memahami kebajikan pekerja,” ujarnya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai apabila rata-rata netizen bersetuju bahawa bulan Ramadan seharusnya menjadi medan memperbaiki akhlak dan hubungan sesama manusia.

Ada juga yang berkongsi pengalaman bekerja dengan majikan prihatin, selain meluahkan harapan agar lebih banyak organisasi mengamalkan waktu kerja fleksibel sepanjang bulan mulia itu. 


Sumber :– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putribonda 23-2-2026 10:24 AM
BOLEH DIAM TAK DIA NI!
Quote kokomoon 23-2-2026 10:53 AM
putribonda replied at 23-2-2026 10:24 AM
BOLEH DIAM TAK DIA NI!

.. kan??? Klu handsome takpe jgk
Quote putribonda 23-2-2026 11:25 AM
kokomoon replied at 23-2-2026 10:53 AM
.. kan??? Klu handsome takpe jgk

sejak2 menduda lagi over
Quote kakakspek 23-2-2026 11:33 AM
diam la misai halus
Quote supernaturalee 23-2-2026 01:46 PM
eh korang ni

sbb die korg pun mengata mcm2

ignore je

tt pun suka kan, bkk thread psl die, sbb tau akn trigger acik2 porem
Quote prince_marhaen 23-2-2026 02:46 PM
DIAMMMMMM LAHHHHHHHHH KAU RAMBUT ADIDASSSSS KONTEK LENS KELABUUUUU!!!!! HANCINGGGG!!!
Quote missmarvolo 23-2-2026 03:44 PM
Husnuzon bulan ramadan. Dia pesan dekat diri dia tu
Quote September14 23-2-2026 06:43 PM
Haha susah klu muka jnis dibenci ni… statement positif pun buat org nyampah
Quote SalenaGomez 24-2-2026 05:34 PM
Bulan puasa byk kan zikir lahhhh …. Adehhhhh lah abg kening terbelah ni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.570338 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top