|
Peguam kepada suami Heliza Helmi iaitu Datuk Mahadi Badrul Zaman yang didakwa berniaga dalam sekuriti tanpa lesen, memohon anak guamnya dibebaskan dengan jaminan.
Memetik Harian Metro, peguamnya, Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus memohon bagi mengurangkan jumlah jaminan dan jika jaminan tidak dibenarkan dan Mahadi dipenjarakan, janggut panjangnya berkemungkinan dipotong. “Ini akan memberi kesan kepadanya,” katanya. Menurut peguamya lagi, Mahadi membantu mengendalikan jemaah umrah serta memberikan kerjasama sepanjang siasatan dan bukan individu yang berisiko untuk melarikan diri. Malah, Mahadi turut menanggung ibunya yang menghidap kanser dan tahap kesihatannya tidak menentu, selain menanggung keluarga mentuanya. Mahkamah kemudian membenarkan Mahadi diikat jamin masing-masing sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan semua syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan. Terdahulu, Mahadi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan berkenaan dibacakan terhadapnya di dua mahkamah berasingan. Sumber – Harian Metro, Rotikaya
|




antaradua replied at 23-2-2026 05:22 PM
Ratu jegil aktivis sumud fotilla hadir mahkamah tak kasi support suami janggut rebonding?
selain menanggung keluarga mentuanya.
gekkou replied at 23-2-2026 07:45 PM
aik bini terpaling mujahidah
tak mampu tanggung family sendiri kah?
pelik tgk ke sana kemari maca ...
missyL replied at 23-2-2026 07:21 PM
Idok pon
antaradua replied at 23-2-2026 09:22 AM
Ratu jegil aktivis sumud fotilla hadir mahkamah tak kasi support suami janggut rebonding?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.270088 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.