Oleh Adib Za Seorang kanak-kanak yang hanya berusia 3 tahun kini sedang bertarung dengan penyakit yang menyerupai kanser, menjadi perhatian kerana bukan sahaja comel namun mempunyai hati yang sangat berani dalam menjalani rawatannya.
Si kecil ini, Oliver Champman dari Lincolnshire telah dikenalpasti mengidap penyakit yang dinamakan sebagai Langerhans cell histiocytosis (LHC), satu penyakit yang menyerupai kanser. Untuk setiap kali rawatan, Oliver akan diberikan manik berwarna warni, menandakan rawatan yang telah diterimanya. Ia diberikan oleh doktor untuk meredakan perasaan dan kesakitan yang dialaminya setiap kali rawatan.
setiap warna manik menandakan rawatan berbeza seperti kemoterapi, suntikan, imbasan dan pembedahan. Kesemuanya terdapat 17 warna berbeza. Menakjubkan kini Oliver telah mengumpul 1,500 butir manik! "Ia merupakan satu pencapaian. Oliver sangat bangga dengan koleksi ini. Pada mulanya, ketika mengumpul manik ini, kami tak menyangka ia akan sebanyak ini. "Ia menunjukkan bagaimana Oliver telah melalui semua ini dan betapa dia merupakan seorang kanak-kanak yang berani," ujar ibunya, Danielle. Sebenarnya ia merupakan satu program yang dipanggil Bead of Courage yang membantu kanak-kanak dan keluarga mereka dalam menangani penyakit yang serius. Moga Oliver semakin sihat dan ceria selalu! - CARI Infonet (Sumber foto: Metro UK)
|
12
Bagus |
4
Marah |
9
Terkejut |
5
Sedih |
16
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sabar_sabariah replied at 16-2-2016 04:37 PM
17 warna = 17 jenis rawatan. 1500 manik = 1500 rawatan yg telah diterimanya. begitukah?
ADVERTISEMENT