Oleh Adib Za Sempena Hari Kekasih yang disambut baru-baru ini, seorang kanak-kanak telah membuat kejutan kepada ibunya untuk meraikan hari tersebut bersama-sama.
Max Schofield, 4 tahun tak mahu ibunya yang merupakan 'single mother' berasa keseorangan ketika sambutan hari kekasih itu. Dia mengajak ibunya makan tengahari di Pizza Express di Devon. Cerita drama yang mengharukan terjadi apabila Max sanggup membawa wang tabungnya untuk membayar makanan mereka. Bukan ibunya tak mampu, namun si kecil ini mahu meraikan hari bahagia tersebut dengan menggembirakan ibunya. Sebenarnya Max memang telah diajar oleh ibunya, Emma untuk sentiasa menghargai banyak perkara walaupun ia sesuatu yang kecil sahaja.
Ketika ingin membayar, pelayan restoran yang melihat kejadian itu berasa sangat terharu sehingga menitiskan air mata. Akhirnya mereka diberikan bayaran percuma sebagai hadiah daripada Pizza Express kerana pelayan tersebut sangat terharu dengan layanan kanak-kanak itu terhadap ibunya. (Sumber foto: Carian google) Pelayan itu menyerahkan resit yang bertulis, "This one's our treat, love Pizza Express." Kisah ini menjadi viral di laman sosial selepas Emma memuat naik status yang menceritakan semula kejutan daripada anaknya, Max. - CARI Infonet |
16
Bagus |
17
Marah |
15
Terkejut |
11
Sedih |
12
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT