Oleh Izzah Abbasy
Masih bertarik tali dalam soal mempertimbangkan untuk membayar gaji pemain pasukan Kelantan. Datuk Dr Hasmiza Othman sebagai penaja utama Kelantan bersedia melelong sebentuk cincin kesayangannya bagi membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain pasukan tersebut. Namun, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dr Vida berkata, pertimbangan itu hanya akan dibuat dengan bersyarat iaitu sekurang-kurangnya lima pemain Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) perlu mengkhatam al-Quran. “Saya ada bergurau tempoh hari mungkin saya akan lelong satu cincin saya untuk bayar tunggakan (pemain) dengan syarat lima orang (pemain) kena khatam al-Quran sekali atau lebih. “Saya akan ambil kira kesungguhan pemain. Anda mahu tunggakan gaji diselesaikan, jadi anda perlu ikut apa yang saya mahukan ini (khatam al-Quran). “Ia hanya untuk tunggakan gaji pemain sekarang. Buat masa ini, tunggakan tersebut dibayar secara berjadual,” katanya. - CARI Infonet
|
10
Bagus |
18
Marah |
14
Terkejut |
23
Sedih |
10
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
slipar_jepon replied at 17-2-2016 02:50 PM
suh khatam tu bagus. masalahnye tunggakan gaji kot. kena la byr. dia ni makin mengarut jer aku tgk
revolusi_30 replied at 17-2-2016 02:33 PM
sponsor juta2hari tu x boleh cover tunggakan lagi ke..
ADVERTISEMENT