Oleh Izzah Abbasy
Gadis 'petite' dikenali juga sebagai gadis kecil molek bertubuh genit, mungil dan berketinggian 5 kaki 3 inci. Gadis sepeti ini sering kecewa dalam pemilihan pakaian. Bukannya tak cantik, tapi adakala labuh dan besar untuk mereka. Dan sudah tentunya cemburu dengan mereka yang mempunyai ketiggian ideal. "Untunglah tingggi, pakai apa pun mesti nampak cantik." Ala, usah bimbang dan jeles. Anda si gadis 'Petite' juga boleh bergaya seakan gadis tinggi lampai. Bagaimana? Ikut cara ini. - CARI Infonet 1) Satu Warna - Pertama, pilih satu warna bermula dari atas sehinggalah pada kasut kamu. Warna yang disarankan adalah hitam, biru navy, arang, burgundy, hijau gelap dan ungu. 2) Pilih Saiz Tepat - Memilih pakaian yang 'ngam-ngam' pada tubuh kamu lebih menarik berbanding memilih pakaian yang longgar. Elakkan juga pakaian yang mempunyai lapisan yang banyak kerana akan menampakkan kamu kelihatan lebih pendek dan padat. 3) Corak Menegak - Trik memilih pakaian yang mempunyai corak menegak mampu memberi ilusi tinggi buat kamu meskipun kamu rendah saja orangnya. 4) Bentuk V - Pilihlah pakaian mahupun jaket yang mempunyai bentuk V atau U pada leher. Bukan apa, corak sebegini yang terdapat pada leher baju turut menyumbang kepada ilusi ketinggian. 5) Tumit Tinggi - Cara paling mudah untuk menambah ketinggian adalah dengan mengenakan kasut tumit tinggi. Tumit tinggi jenis 'pump shoes' adalah paling sesuai tetapi elak memilih kasut yang mempunyai tali pada buku lali kerana tali ini menampakkan kamu 'ketot'. 6) Elak Beg Tangan Besar - Jauhi diri kamu dengan beg tangan yang besar kerana ia membuatkan kamu lebih rendah dengan ketara. Pilih beg tangan yang bersaiz sederhana supaya kamu kelihatan lebih 'seimbang'. 7) Jauhi Skirt Mini - Skirt pendek atau mini lebih cantik dipakai oleh si gadis yang mempunyai kaki yang panjang dan bertubuh tinggi. Jika gadis bertubuh rendah mengenakan skirt mini, kaki pendek akan kelihatan lebih ketara dan ia mencacatkan penampilan. 8) Seluar Kaki Lurus - Pilih jeans atau apa saja jenis seluar yang mempunyai potongan kaki lurus untuk menampakkan kaki lebih panjang dan kelihatan tinggi saat berjalan. Rahsia kaki kelihatan langsing adalah seluar tanpa banyak poket, tanpa corak dan tidak ketat.
|
18
Bagus |
15
Marah |
20
Terkejut |
19
Sedih |
27
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mujer_in_espejo replied at 24-2-2016 03:51 PM
Sebenarnya brapa ketinggian gadis petite ikut ukuran org asia sbnarnya? Terutama yg asia tggara ni? ...
ADVERTISEMENT