Oleh : TS LOO
Gara-gara menghantar anak ke sekolah dalam keadaan masih memakai baju tidur, seorang ibu di Darlington, Britain menjadi antara orang pertama diberikan surat amaran oleh pengetua sebuah sekolah rendah, baru-baru ini. Pengetua Kate Chisholm berkata, dia mengambil keputusan tersebut selepas melihat semakin ramai ibu yang tanpa segan silu menghantar anak mereka dalam keadaan masih berbaju tidur dan tidak terurus. Justeru tindakan itu diambil supaya para ibu bapa menunjukkan contoh yang baik kepada anak masing-masing mengenai kebersihan dan cara pengurusan diri sendiri.
“Perkara ini bukanlah bertujuan menentukan apa yang perlu dibuat oleh seseorang ibu bapa tapi saya berasakan ia adalah tanggungjawab mereka untuk menunjukkan contoh yang baik kepada anak masing-masing. “Kita sepatutnya bangun awal, bersiap dan mengenakan pakaian yang sesuai sebaik melangkah keluar dari rumah, ini contoh yang sepatutnya ditunjukkan para ibu bapa,” tambah Kate. - CARI Infonet sumber info : http://www.theguardian.com/ |
13
Bagus |
10
Marah |
17
Terkejut |
21
Sedih |
11
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mbhcsf replied at 25-2-2016 08:43 PM
well....hahaha it's winter man late dah ni ...sejuk...dok dalam duvet much better hahahaah
penye ...
ADVERTISEMENT