CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Malas Ke Pasar? Beli Barang Dapur Di Hujung Jari Dengan Apps Ini

1-3-2016 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7098| Komen: 12

Oleh Izzah Abbasy

'Perangai' kan bila malas nak beli barang dapur. Mana tidaknya, selalu makan di kedai mamak atau asyik makan 'di luar' sahaja sampai nak ke pasar pun dah lupa.

Kini, anda tidak perlu lagi risau kerana ada satu aplikasi atau servis baharu telah diperkenalkan yang dikenali sebagai PasarTap.




Dengan hanya caj penghantaran RM3, pembeli tidak lagi perlu pergi ke pasar dan meredah jalan raya. Cuma perlu klik pada item yang diinginkan dan cuma perlu menunggu 2 jam sebelum menerima barangan dari PasarTap.




Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hafiz Hashim, servis ini berkonsepkan perniagaan pasar dalam talian yang memberikan perkhidmatan penghantaran kepada pengguna dan barangan-barangan mereka diperoleh dari Pasar Chow Kit.

“Idea penubuhan PasarTap ini tercetus apabila saya bersama beberapa lagi rakan lain termasuk empat daripadanya adalah graduan Universiti Oxford ingin berkhidmat kepada masyarakat di samping melaksanakan perniagaan,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.



“PasarTap diusahakan bersama enam lagi rakan yang lain iaitu Ahmad Khairil Anwar, Abdul Talib, Amru Abdul Hamid, Nur Syazana Zawani yang juga graduan daripada Universiti Oxford manakala Azeem Mohamad, 26, dari Universiti Newcastle dan Aliah Jamin, 30,” katanya.

Selain dari aplikasi Android, pengguna juga boleh melayari laman web mereka di www.pasartap.com dan juga di App Store.

Setakat ini, PasarTap cuma membuat penghantar di beberapa kawasan sahaja. Untuk info lebih lanjut, boleh layari www.pasartap.com.

Siapa dah klik website PasarTap? Mahal juga kan? - CARI Infonet



19

Bagus
24

Marah
24

Terkejut
10

Sedih
18

Lawak
41

Bosan

Friends Rank (136 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teen_angelJB 1-3-2016 01:42 PM
Makin malas la rkyt mcmni...
Nnt komplen..wat thread ckp brg yg dijual x fresh..
Sndiri yg mls nk berjalan..
Quote ALWAYSREDA 1-3-2016 03:00 PM
Mungkin lebih bermafaat pada mereka yang tidak berapa kesah dgn service caj yang dikenakan dan mempunyai masalah untuk bergerak jauh, kerana keadaan fizikal samaada patah atau lumpuh dan juga kerana uzur sebab umur atau penyakit.
Quote manjalara_01 1-3-2016 06:36 PM
ALWAYSREDA: Mungkin lebih bermafaat pada mereka yang tidak berapa kesah dgn service caj yang dikenakan dan mempunyai masalah untuk bergerak jauh, kerana keadaan f ...


lor...jauh u punye thinking...
i cume fikir kaedah ni cukup praktikal utk mereka yg xde kenderaan.....ehehhe...
tp btul jgk..la..membantu utk they allz..yg kurang upaya....

u allz...ade beli brg dari tesco online?....
ce citer skit...mcm mana service ok x?...
tp yea la...mmg kalau delivery charge mahal kan?...
org yg byk duit...xde hal...la...

service gini setahu manja kat england mmg dah ada la...
tup2 sampai jgk..kat malaysia....dah usahawannye blajar..kat sana...hehe
Quote missinpiece 1-3-2016 10:07 PM
Bagus utk kita yg kadang2 sibuk ngan kerja smpai x sempat membeli belah. Tesco online tu ada yg komen brg yg diorder slalu xde hangin jugak camtu.
Quote yasinfi 1-3-2016 11:22 PM
buat masa ini pasar tap ni hanya beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang.
Quote munchkin 2-3-2016 02:08 AM
Edited by munchkin at 2-3-2016 02:11 AM

Kadang aku pegi jysco barang tu takde ni takde. Cari pulak kat giant. Takde cari pulak kat aeon big. Eiii naik marah pulak. Walau dekat dekat tspi nyampah nak drive kulu kilir pegi byk tempat


Nak jugak test app ni
Quote fantasy_gurl 2-3-2016 10:22 AM
seronotnya... kat area kay el je ke? kawasan lain x der ke? maklumla iols duduk kg je
Quote zizadin 3-3-2016 11:13 AM
tak sesuai untuk aku..nanti tak dapat yang fresh
Quote blackvanilla 5-3-2016 05:55 PM
kena try nii
Quote gigahertz 6-3-2016 01:12 PM
munchkin replied at 1-3-2016 06:08 PM
Kadang aku pegi jysco barang tu takde ni takde. Cari pulak kat giant. Takde cari pulak kat aeon big. ...

dah carik kat Jaya Gocery?
Quote munchkin 6-3-2016 01:21 PM
gigahertz replied at 6-3-2016 01:12 PM
dah carik kat Jaya Gocery?

Ni benda kecik kecik like saun bawang all those. I selalu shop kat ben's publika village grocer. Barang barang susah cari mmg beli situ
Quote honey_bee 8-3-2016 10:41 PM
Kosongla pasar pas ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.092970 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top