CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Tragedi SPM] Jenazah empat sekeluarga selamat dikebumikan

5-3-2016 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6572| Komen: 15



sumber foto: google image


Jenazah empat sekeluarga yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 265, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Hajar, Kampung Gong Awang Lib, Mengabang Telipot dekat sini kira-kira pukul 8.30 pagi ini.

Jenazah Rosemani Abdul Ghani, 65; anak lelakinya, Mohd. Azhar Abdul Rahim, 43, serta dua cucu iaitu Aizat Mohd. Azhar, 18, dan adiknya, Muhammad Daniel, 13, dikebumikan dalam satu liang lahad.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan awal pagi ini yang dihadiri lebih 200 ahli keluarga, saudara mara dan penduduk kampung.

Ahli keluarga terutama suami Rosemani, Abdul Rahim Talib, 69, dan bekas menantunya, Hartini Yahya, 39, kelihatan tenang sepanjang kerja pengebumian berlangsung sekali gus membayangkan mereka redha dengan pemergian insan tersayang dalam sekelip mata itu.


Bagaimanapun, Hartini yang berada di sisi anak keduanya, Nur Izza Mohd. Azhar, 17, sesekali tidak dapat menahan sebak sehingga dilihat menitiskan air mata.

Empat sekeluarga itu dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur bagi mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Aizat di Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi dan dikatakan anak sulung Mohd. Azhar itu memperoleh 5A 1B 3C. - CARI Infonet


sumber : http://www.utusan.com.my/
15

Bagus
20

Marah
27

Terkejut
26

Sedih
21

Lawak
38

Bosan

Friends Rank (147 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 5-3-2016 12:41 PM
Pemandu lori suci itu mampus ke sis?
Quote susukambingbest 5-3-2016 12:55 PM
innalillahiwainnailaihirojiun,,,takziah
Quote kucen_miang 5-3-2016 01:12 PM
innalillah. an end kat blkg tu.
Quote mak_wa95 5-3-2016 01:19 PM
mak berpisah dgn ayah la ni..

takziah, Allah lebih menyayangi..
Quote rosasa 5-3-2016 01:43 PM
innalillah..memang tragis
Quote zie_indah 5-3-2016 03:44 PM
Innalillah...alfatihah
Quote pyropura 5-3-2016 03:46 PM
takziah.....
Quote saladin780 5-3-2016 03:49 PM
Pemandu treler buat taik.. Org lain yg meninggal.. Knplah bkn dia yg mampus
Quote Naru 5-3-2016 03:56 PM
innalilahi wainnailaihirojiuun.

kali ni wartawan tak tanya soalan klise 'apakah tanda2 / perubahan sebelum kejadian...'  baguslah...

Quote imransulaiman 5-3-2016 03:59 PM
Result arwah tu not bad...
Quote mizzmimi 5-3-2016 04:23 PM
saladin780 replied at 5-3-2016 03:49 PM
Pemandu treler buat taik.. Org lain yg meninggal.. Knplah bkn dia yg mampus

kot dia hidup tak tenang lepas ni kan.
kasi chan nak taubat gitu
Quote zamnie 5-3-2016 05:53 PM
Innalilahi wainnailaihirojiuun.. semoga tenang disana so sad... bdk2 lelaki yg baik hrpan bangsa pegi dgn cepat..
Quote elrida 6-3-2016 12:43 AM
Innalillahiwainnalillahirojiun

Ayat bekas menantu tu sangat tak kena ok. Tgh2 org kena musibah, wartawan tambah benda nak dibuat soseh.

Bekas isteri aku biasa dengar. But bekas menantu?.. wth..
Quote hzln 6-3-2016 02:03 AM
elrida replied at 6-3-2016 12:43 AM
Innalillahiwainnalillahirojiun

Ayat bekas menantu tu sangat tak kena ok. Tgh2 org kena musibah, w ...

takde menda nak sohseh la, dah memang depa dah cerai lama, dah kawin lain dah gamaknya mak bebudak tu
itu cuma istilah dlm bahasa (meski dlm hukum agama takde istilah bekas menantu)
Quote devilito2 7-3-2016 12:56 PM
innalilahi wainnailaihirojiuun... takziah kpd ahli keluarga

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.051887 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top