Oleh Fyruz Hanna Hashtag terbaru #RespectMyPm antara yang membanjiri Facebook dan Twitter yang dilihat sebagai usaha menyokong pemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. “I am Malaysian. And I #RespectMyPM.” Ramai yang berkongsi poster kempen tersebut di media sosial yang menjadi viral di laman sosial Facebook, Twitter dan juga Instagram.
Antara ahli politik yang dilihat menyokong kempen tersebut adalah Tan Keng Liang dan Azalina Othman Said. Menurut Facebook fanpage Pertahan Negara Kita, ini adalah masa untuk orang ramai mempertahankan Perdana Menteri. Fanpage itu juga menggesa untuk penyokong menukar gambar profil dengan gambar kempen ini untuk jangka maSa sebulan ini. Tindakan ini sebagai usaha membuktikan kepercayaan kemimpinan yang mana Najib banyak menerima tekanan termasuklah Deklarasi Rakyat yang ditandatangani lebih 50 orang tokoh politik dan NGO yang mendesak Najib meletak jawatan. Selain hashtag tersebut, ada gambar yang dimuatnaik dengan slogan semua bendera negeri Malaysia. -CARI Infonet. Sumber: AstroAwani
|
ADVERTISEMENT