Perbadanan Pengawal Revolusi Iran (ICGC) melepaskan dua peluru berpandu dan berkata ia telah direka untuk mengenai sasaran ke Israel bagi tindak balas terhadap ancaman sekatan baru dari Amerika Syarikat (AS). Pelancaran diikut selepas beberapa ujian peluru berpandu yang dilakukan semalam sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan utama bagi menunjukkan kuasa dan keupayaan untuk berhadapan dengan sebarang ancaman. "Kami mencipta peluru berpandu dengan jarak 2,000km adalah untuk membolehkan kami menyerang rejim Zionis dari jarak yang selamat," kata Brigadier Jeneral Ali Hajizadeh yang dipetik agensi berita ISNA. Pegawai Israel bagaimanapun tidak memberikan tindak balas segera kepada pelancaran tersebut.
"Peluru berpandu yang dilancarkan pada hari ini adalah hasil sekatan. Sekatan membantu Iran membangunkan program peluru berpandu,"kata Timbalan komander IRGC Brigadier Jeneral Hossein Salami yang dipetik sebagai berkata oleh Fars.- CARI Infonet sumber berita : http://www.bharian.com.my/
|
5
Bagus |
8
Marah |
6
Terkejut |
18
Sedih |
16
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT