CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Siapa Tak Jatuh Cinta Dengan Waffle Rangup, Gebu

10-3-2016 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4374| Komen: 3

oleh Adib ZA


(Sumber foto: Carian google)



Waffle yang dimasak panas-panas dan garing memang sangat mencuri perhatian.

Baunya yang lemak dan manis, siapa yang mampu menolaknya.

Yang paling best, ia boleh dimakan untuk sarapan, minum petang atau bila-bila sahaja. Tambahkan aiskrim atau buahan untuk hasil lebih meletop.


Bahan-bahan:

12 sudu besar tepung gandum

2 sudu kecil yis kering 

1 sudu besar gula

1/2 sudu kecil garam

3 sudu besar mentega yang dicairkan 


1 cawan susu segar dalam suhu bilik

1 biji telur dalam suhu bilik. Nak cepat kurangkan kesejukkan telur tu, korang rendam dalam air panas seketika

1 sudu besar esen vanila

Air panas/suam (untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)

 
Cara-cara :

1.      Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk Kemudian, masukkan air panas / suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair. 

2.      Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil-sambil tunggu, panaskanlah waffle maker tu.

3.      Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker. Yang penting waktu proses ini, tangan kena penuh lemah-gemalai, jangan gelojoh-gelojoh nanti tumpah pula semua adunan tu.

4.      Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle korang lebih sekata dan terhasil dengan cantik. 

5.      Kebiasaannya masa untuk  buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. 

6.      Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan), maknanya waffle sudah masak.

7.      Hidangkanlah waffle dengan chocolate syrup, jem, strawberry, pisang, peanut butter atau aiskrim. - CARI Infonet


Kredit/ sumber resipi: Resipi waffle mudah dan sedap

7

Bagus
22

Marah
18

Terkejut
14

Sedih
12

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote deekhan 27-3-2016 05:51 PM
tp kena ad acuan die
Quote GREATWAFFLE 19-5-2016 04:35 PM
Tepung Waffle Crispy Dan Kayaball Halal

Dapatkan produk BERMUTU TINGGI tepung waffle
crispy dan
kayaball No 1 Di Pasaran
Kualiti waffle yang pasti membuatkan pelanggan
anda menyukainya !!

- crispy
- tidak berat
- tidak liat
- rasa lazat

1 katon X 12 paket ( 1.75kg ) RM145
Dapatkan 1 katon produk
( Collect at Sepang @ Nilai )
@ KURIER KE ALAMAT ANDA ( BELUM TERMASUK CAJ KURIER )

berminat sila hubungi En Arrief - GREAT WAFFLE
019-339 2428

Syarikat Great Waffle Station Marketing
[email protected]

Price: RM 145
Quote Ipo 20-5-2016 12:19 PM
waffle makan time panas2 memang sedap
kalau dah sejuk...kureeeeeeeeeeeeeeennnnnnnnnnnnggggggg

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.067451 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top