CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Rumah Mak Ayah Rumah Anak Juga, Rumah Anak Tetap Rumah Anak"

11-3-2016 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7532| Komen: 14

Oleh Izzah Abbasy

Semasa kecil sehinggalah dewasa, rumah mak ayah yang kita tinggal nak sepahkan nak tunggang terbalikkan, langsung mereka tidak kisah sebabnya itu rumah mak ayah sendiri.  

Tapi, percaya tak bila anak-anak dah ada rumah sendiri, mak ayah yang bertandang ke rumah tidak berani menyentuh barang-barang anak termasuk makanan yang ada di dalam peti sejuk di dapur. Seakan janggal berada di rumah anak-anak sedangkan bukanlah orang lain tetapi anak sendiri. Pasti kisah ini pernah terjadi pada sesiapapun kan?

Tersentuh hati saat membaca perkongsian oleh seorang wanita ini tentang layanan anak terhadap ibu bapa yang datang berkunjung. - CARI Infonet

 

Sebab mak & ayah akan rasa tak selesa


Salam…tengahari tadi saya dengar sembang Sinar di radio Sinar FM. Dj atau juruhebah rancangan Sembang Sinar Abby Fana memetik kata kata seorang ustaz mengenai ” Rumah Mak ayah, rumah Anak anak ” . Tersentuh hati saya dan menitis air mata saya bila Abby Fana baca petikan ini :

”Rumah Mak ayah, biasanya adalah rumah anak juga, mereka bebas makan, berkemas dan buat apa saja tanpa ada halangan dari mak ayah. Tapi Rumah Anak belum tentu boleh jadi rumah mak dan ayah, sebab ayah dan mak kita akan rasa tak selesa nak buat rumah anak macam rumah mereka sendiri. Kadang tu nak makan apa apa dalam peti sejuk kat rumah anak pun minta kebenaran anak. Nak ubah dan kemas itu ini pun minta persetujuan anak. Sebab ada anak yang tak suka mak ayah buat rumah mereka macam rumah sendiri. Tapi mak ayah tak pernah kisah, anak-anak nak buat apa pun kat rumah mereka , sebab bagi mak ayah rumah itu rumah mereka bersama, rumah yang mak ayah tanam dan tabur kasih sayang antara mereka”




“Mak jangan masuk campur…”


Saya setuju dengan kata2 ustaz ni. Memang ada anak2 yang sangat cerewet dengan mak ayah sendiri. Ada yang cakap ” kalau rumah mak dan ayah sendiri boleh lah buat macam tu, ni rumah saya biar saya yang uruskan, mak ayah jangan masuk campur ” Kata2 ini sangat pedih bagi ibu dan ayah sebab mak dan ayah kita tak pernah berkira dengan kita walau terpaksa berkorban wang ringgit, harta benda dan tenaga. Tapi memang ada anak2 yang sangat berkira dengan ibu ayah mereka. Mereka lupa hidup ini satu putaran.

Saya teringat arwah mak yang pernah tinggal dengan saya. Dia tidak akan buat apa2 keputusan kalau tak tanya saya. Walau pun nak masak dan nak ubah perabut dibilik yang dia tinggal. Dia mesti mintak kebenaran saya, dia takut saya tak suka. Tapi saya bagitau arwah mak. ” Rumah Atie ni rumah mak jugak….mak buat lah apa mak suka” Alhamdulillah dia selesa dengan saya sampai dia menutup mata dipangkuan saya lima tahun yang lalu. Semoga anak2 yang masih ada mak dan ayah….hargai kedua ibubapa jangan terlalu cerewet dengan mak dan ayah sendiri. Begitu juga menantu, jangan banyak berkira dengan mertua, sebab mereka juga mak dan ayah kita. Jika hari ini kita cerewet dengan mak ayah kita nanti kita tua anak kita pula buat perkara yang sama pada kita. Fikir2kan…..

Kredit : Oh Bulan
19

Bagus
19

Marah
9

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote devilito2 11-3-2016 02:55 PM
sedihnya....  
Quote Siput_Sawah 11-3-2016 03:05 PM
terharu...tp sometime kita tak bermaksud mcm tu tapi biasa la ibubapa ni mereka terlalu menjaga hati dan perasaan anak anak kekadang kita tak perasaan...
Quote irwansuhadi 11-3-2016 03:24 PM
aku terasa sangat sedih...
Quote comel91 11-3-2016 03:47 PM
bukan mak sendiri kot.. rasa nya mak metua ke.. mak angkat ke? ade ke buat mcm tu dekat mak sendiri... bodoh je anak mcm tu..
Quote pinguin 11-3-2016 04:21 PM
sedehnya baca
Quote Mantopbangat 11-3-2016 04:58 PM
Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit, orang cerdik nampak bodoh bila takda duit. Moh kita klik link ni, untuk nampak cerdik dan buat duit...http://www.DanaNiaga2u.com/mantopbangat
Quote easelle 11-3-2016 05:02 PM
sorry..aku terpaksa bersetuju sbb cth aku x berapa berkenan dgn apa yg bapak aku nak tampal kat dinding..dia suka lekatkan barang lama mcm keris, lembing, and gmbr lama mcm gmbr org mesir..senjata lama tu barang antik..aku x nak ada apa2 gangguan or aura negatif dlm rumah aku plus bahaya kalu perompak masuk..senjata sah2 dpn mata..aku larang..then skang ni dia lekat kat sudut luar rumah..fine..nak rompak rumah aku bapak aku dah supply senjata awal2..gmbr mesir tu lak gmbr firaun kepala kambing mcm menyembah berhala..aku turunkan masa bapak aku xda kat rumah..then dia balik dia marah terus cari gmbr konvo aku hempas..so..mmg aku setuju dgn tajuk ni..
Quote Potpouri 12-3-2016 09:23 AM
Normal je pada aku situasi ni.. :zz

Di rumah kita sbg ibu bapa, kita dgn anak2 ja.. Mmg la semua ok. Itupun ada yg kita tak berkenan bila anak sepah2 kan barang.. Letak barang tak bertempat.. Kita mesti tegur..

Inikan pula nanti bila anak2 dh kahwen.. Ada isteri ada suami anak org lain. Yang dah biasa hidup dgn cara berbeza.. Logiklah takkan nak memandai2.. Kita ada cara kita.. Anak2 pun ada keinginan nk ikut cara mereka..Hormat menghormatilah.. Jgn nk rasa superior sgt sbg mak bapak..
Quote imransulaiman 12-3-2016 01:53 PM
Mak aku nak jual rumah aku pun aku rela. Dia nak buat apa dia suka, aku tak larang. Dia panggil jiran bertandang dari pagi ke petang pun aku tak kisah

Nak tanya - kenapa mak masak apa pun sedap?
Quote zie_indah 12-3-2016 03:41 PM
Sedih nye pd yg ada mak.dan ayah lagi.rebutlah peluang untk menjaga di hari.tua mereka
Tiada galang ganti untk arwah ayah n ibu sy
Mak ayah moga roh kalian tnang di sana..
Quote solarlunar 12-3-2016 05:32 PM
imransulaiman replied at 12-3-2016 01:53 PM
Mak aku nak jual rumah aku pun aku rela. Dia nak buat apa dia suka, aku tak larang. Dia panggil jira ...

Itu bukan just makanan tp kasih sayang die utk anaknya
Quote Nham22 12-3-2016 08:10 PM
imransulaiman replied at 12-3-2016 01:53 PM
Mak aku nak jual rumah aku pun aku rela. Dia nak buat apa dia suka, aku tak larang. Dia panggil jira ...

Yezzzzzaaaa ikan bilis goreng kicap pon aku makan 3 pinggan nasi.... belom lg tgk husband aku balik kg makan masakan mak die... licin lauk2 semua....
Quote imransulaiman 12-3-2016 09:50 PM
solarlunar replied at 12-3-2016 05:32 PM
Itu bukan just makanan tp kasih sayang die utk anaknya

Masak dengan kasih sayang... I loike...!! Hehe
Quote imransulaiman 12-3-2016 09:54 PM
Nham22 replied at 12-3-2016 08:10 PM
Yezzzzzaaaa ikan bilis goreng kicap pon aku makan 3 pinggan nasi.... belom lg tgk husband aku bali ...

Jangan husband awak tak ingat orang lain belum makan pulak! Hahahaaaaa!

For me, masak lemak mak saya is the best!! Waaaaaah!

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.067234 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top