CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Menjadi 'Vegetarian' Banyak Kelebihannya!

11-3-2016 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5412| Komen: 10



Oleh : TS LOO

Jika sebelum ini anda kerap mengambil makanan berprotein dan tidak boleh meninggalkan ayam atau ikan, sebenarnya tidak ada salahnya jika anda mula menukar corak pola sajian harian yang lebih baik dengan berubah menjadi seorang 'vegetarian' atau pengamal makanan berbentuk sayur-sayuran yang sememangnya terdapat banyak kelebihan. 


Jom telitikan beberapa fakta yang tertera dibawah yang berkemungkinan besar menarik minat anda. 


1. Umur lebih panjang
Menurut kajian dari Universiti Loma Linda, Amerika Syarikat, pemakan sayur hidup 15 tahun lebih lama berbanding individu yang mengambil makanan berunsurkan daging. Berdasarkan laporan China Health Project pula, masyarakat China yang kurang makan lemak haiwan berdepan risiko yang rendah menghidap kanser, penyakit jantung atau penyakit lain.

 

2. Kesihatan jantung terpelihara
Pola makanan yang salah di mana penyebab kepada kadar kolesterol darah yang tinggi, kurang bergerak dan stres menjadi punca kepada penyakit jantung menjadi penyakit nombor satu di dunia. Di Amerika Syarikat, satu dari sembilan wanita yang berusia 40 tahun ke atas menderita penyakit jantung malah kebanyakan lelaki pemakan daging berpeluang 50% meninggal dunia akibat penyakit jantung. Risiko ini menurun 15% jika berhenti makan daging dan mengamalkan makan sayur.

 

3. Jauh dari ancaman kanser
Terdapat hasil kajian dari Harvard Nurses Health Study mengatakan daging mempunyai kaitan dengan kanser payudara. Malah, The National Cancer Institute juga mengatakan wanita yang mengambil daging setiap hari berisiko empat kali ganda terkena kanser payudara. Kajian di Jerman pula mengatakan bahawa sistem kekebalan wanita 'vegetarian' lebih efektif membunuh sel kanser. Sayur-sayuran melindungi anda dari kanser prostat, kanser usus besar dan kulit.

 

4. Tubuh menjadi lebih langsing
Secara umumnya, pemakan sayur mempunyai tubuh yanglebih langsing berbanding individu pemakan daging. Hal ini kerana, sayur-sayuran seperti taugeh, kacang merah, bayam merah dan kacang panjang mengandungi lemak dan kalori lebih rendah. Maka, tidak hairanlah pemakan sayur jarang mengalami masalah berat badan yang menjadi punca kepada sakit kencing manis.



5. Menghapuskan toksin beracun dalam badan
Pencemaran hasil dari pengambilan makanan berproses seperti pengawet, pewarna dan pemanis tambahan boleh menimbulkan penyakit. Jika anda mahu melakukan detoksifikasi, langkah pertama adalah mengurangkan makan daging dan diganti dengan buah-buahan dan sayur-sayuran atau jus buah serta sayur. Bahan-bahan ini mengandungi zat fitokimia yang membantu menghilangkan racun secara semulajadi.

28

Bagus
21

Marah
18

Terkejut
21

Sedih
18

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lemon_juice 18-7-2016 04:33 PM
Tp sy xsuka sayur
Quote ipes2 19-7-2016 08:38 PM
Good encouragement supaya kita makan sayur dengan lebih banyak; walaubagaimanapun, list of kebaikan menjadi vegetarian di atas bukan lah direct or adacausal-effect relationship, tetapi indirect sahaja. Contohnya, mereka yg jadi vegetarian selalunya adalah org yg sgt prihatin dgn pemakanan mereka, dan secara tiak langsung mereka ini menjadi slim (no.4 ).

Walaubagaimanapun, article ini tidak menjelaskan kekurangan bila menjadi a vegetarian. There is also a lot of problmes when u r a vegan.
Quote mbhcsf 20-7-2016 06:13 AM
ipes2 replied at 19-7-2016 08:38 PM
Good encouragement supaya kita makan sayur dengan lebih banyak; walaubagaimanapun, list of kebaikan  ...

yups ....exactly .

Quote bellaa 20-7-2016 07:21 AM
Suke veggie. Tp cina je suke masak, melayu xda pom. Takat tempe je ada
Quote Super-M 20-7-2016 10:50 AM
sm berusaha menjadi vegetarian selama sebulan bersama hubby n kids buat masa sekarang lah.kemudian sm rancang lepas ni,dalam sebulan 2 minggu adalah minggu bebas,2 minggu lagi adalah minggu sayuran.

Diaorg jenis pemakan sayur,yang mentah pun bedal.jd diaorg terpaksa ikut sm sebab ni antara cara sm nak detox kan badan.semua sayur yang kitaorg makan adalah yang organik,baru 3 hari mula.
Quote swayne 23-7-2016 04:53 PM
I pun macam nak convert jadi vegan. I dah 6 months tak makan nasi, then dalam 2 bulan lepas memang makan sayur je. Agaknua kalau jadi vegan pun takde masalah. Tapi tu lah, i suka kfc. Haha
Quote MsKathryn 21-8-2016 05:01 PM
I suka makan sayur... kalo xde sayur rasa tak best
Quote @chik 26-8-2016 09:45 PM
I sgt suka sayur.... tp kalau xda protein xbest la...
Quote mbhcsf 28-8-2016 08:43 AM
Edited by mbhcsf at 28-8-2016 08:57 AM

ni tentang vege  diet
http://www.nhs.uk/Livewell/Veget ... arianmealguide.aspx - pay attention to B12



ni tentang study yg katanya ada banyak limitation - associating vege diet with poor heqlth outcome tapi study ni cross sectional so ade lah a few flaws...

http://www.nhs.uk/news/2014/04Ap ... e-study-claims.aspx


pada i moderation is better...


Quote ipes2 1-9-2016 06:02 PM
mbhcsf replied at 28-8-2016 08:43 AM
ni tentang vege  diet
http://www.nhs.uk/Livewell/Vegetarianhealth/Pages/Vegetarianmealguide.aspx - ...

I agree fully that moderation is the key; when u exclude something, maka byk lah problem nya.
Zakat dan Qurban byk menengahkan betapa pentingnya pemakanan berprotein itu.
Tidak di dibincang secara panjang lebar tentang cara memakan sayur etc dalam Islam, tetapi bila dgn haiwan ternak, ada cara menyediakan nya eg sembelih, ada pengutamaan nya eg susu ada byk kali dalam sunnah tentang nya.
Adakah suatu yang banyak mendapat tempat di dalam Islam ini harus kita ketepikan (sebagaimana vegans tu, ie depa exclude terus makanan berprotein sebegini?)
Macam mana kita nak heal, nak lawan penyakit, nak ada strong marrow, nak dapatkan essential amino acids etc etc jika kita ketepikan meat? Vegetarianism adalah a choice, bukan terpaksa.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.049258 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top