Oleh: Fyruz Hanna SINGAPURA: Seorang pelanggan yang marah barisannya dipotong semasa menunggu untuk membeli makanan bertindak membeli 30 bungkus bihun dan mencampakkan ke lantai. Menurut Lianhe Wanbao, lelaki berusia 29 tahun itu menuduh peniaga wanita yang sengaja melayan pelangan yang berada di belakang barisannya. Terasa dipermainkan, dia bertanya kepada pembantu wanita terbabit mengapa dia mendahulukan orang lain tanpa melayannya yang juga sama beratur. Dia turut mempersoalkan adakah dirinya nampak seperti 'orang tiada duit!'
Dia yang geram dengan kelakuan peniaga terbabit meminta 30 bungkus bihun dan kemudiannya mencampakkan satu persatu ke lantai. Risau perkara tidak diingini berlaku, peniaga terbabit menelefon polis. Menurut saksi kepada Chinese Daily, daripada meminta maaf, peniaga terbabit memandang sini dengan berkata " Kamu nak apa?" Menurut peniaga ditemui, selama 40 tahun berniaga dikawasan terbabit dia tidak pernah mengalami insiden seperti ini. Kes diselesaikan oleh polis. -CARI Infonet. sumber: singaporeseen
|
kukukatablog replied at 13-3-2016 11:06 AM
aku pon pernah terpikir camni tapi pikirkan x cukup duit n membazir x jadi wat
biasanya aku t ...
Fieza-mira replied at 13-3-2016 11:06 AM
Pernah terkena dgn gerai jual nasi ayam dara. Penjual tuh pompuan muda, nampak sangat memilih layan ...
berrygurl replied at 13-3-2016 12:04 PM
Memang kadang2 ada pekerja restoran yg treat kite mcm sampah..mcm kena kat restoran Subway Berjaya T ...
ADVERTISEMENT