Oleh Fyruz Hanna Anda kerja sepanjang hari.... membebel sepanjang hari.. gaji tak naik, kerja banyak... beban, tekanan sepanjang hari.. Kisah ini bakal buat anda berfikir dua kali ,betapa kita bersyukur dikurniakan anggota badan yang sempurna, diberi peluang hidup oleh tuhan untuk berbakti sesama insan. Kisah yang dilalui Izzhar ini boleh dijadikan pengajaran, kisahnya mudah.. bertemu dengan seorang lelaki di 7-Eleven.
Baca kisah dibawah: [ POST PANAS UNTUK ORANG MALAS ] Pagi tadi sebelum saya nak ke sekolah untuk ceramah, singgah kejap kat 7E. Saya tanya, “Uncle, top-up ada?” Uncle ni tak jawab. Tak layan. Buat muka macam tak dengar. (Alamak, aku dah la tengah rushing ni) . Tiba-tiba datang seorang makcik, terus beritahu. “Dik, you kalau nak beli top-up kena tunjuk kat ini papan." . Eh? . Makcik ni pun terus letak barang yang dia nak beli kat kaunter, bayar dan ambil baki. Yang buat saya pelik, baki tu makcik ni bagi balik kat uncle cashier ni. Uncle ni terus masukkan duit dalam poketnya. . Ok, saya dah makin pelik. . Chop! Saya perasan something. Ada kad warna pink kat baju uncle ni. . Kad OKU. "Cacat Pendengaran" . Sekarang saya dah faham. Tiba-tiba hati terus rasa sebak, sayu dan terharu. Uncle ni namanya Edward. Tak dapat mendengar dan bercakap. . Uncle Edward ni pekak dan bisu, tapi dia tak pekak dan bisu hatinya. Sebab dia tahu syukuri apa yang dia ada, cari rezeki dengan apa yang dia punya. . Kita? Cukup sempurna. Tapi masih banyak merungut dengan hidup. Asyik harap orang lain nak tolong, malas nak usaha. Sibuk nak salahkan takdir serba serbi tak cukup. . Teguran untuk diri sendiri. Sebab selalu lupa, rupanya banyak lagi nikmat yang belum habis disyukuri. So, apa lagi alasan untuk malas? Sebagai manusia, ambil masa untuk muhasabah diri, segala yang dilalui adalah ujian hidup. Seperti Ayat 13 didalam surah Ar-Rahmaan: (13). فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Betapa kita sebagai Makhluk-Nya terkadang terlalu sombong untuk mengucapkan 'terima kasih' kepada Sang Maha Pencipta, Allah SWT. -CARI Infonet. Sumber: FacebookIzzhar
|
28
Bagus |
28
Marah |
22
Terkejut |
30
Sedih |
19
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ultra78 replied at 15-3-2016 08:50 AM
Oooo..org pekak boleh jadi cashier
stilla replied at 14-3-2016 02:29 PM
Hakak pun selalu gak pagi2 dah merungut lepas tu hakak tarik nafas panjang2 sebab sedar org lain
m ...
stilla replied at 14-3-2016 02:29 PM
Hakak pun selalu gak pagi2 dah merungut lepas tu hakak tarik nafas panjang2 sebab sedar org lain
m ...
stilla replied at 14-3-2016 02:29 PM
Hakak pun selalu gak pagi2 dah merungut lepas tu hakak tarik nafas panjang2 sebab sedar org lain
m ...
missyqaldina replied at 15-3-2016 10:27 AM
haahaha...
kalau org seblah tgk mmg mcm org gila akak ni...
ape la soklan yg ditanya tu ye..
ADVERTISEMENT